Anda di sini

Hanya pengangkutan awam dalam daerah sama dibenar beroperasi

Advertisement
CHIN
CHIN

KOTA KINABALU: Hanya perkhidmatan pengangkutan awam dalam daerah yang sama dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh Sabah bermula dari 13 hingga 26 Januari ini.

Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah Dato’ Chin Kim Hiung berkata demikian kelmarin ekoran terdapat kekeliruan dalam kalangan pengusaha pengangkutan awam berhubung prosedur operasi standard (SOP) itu.

Katanya, perkhidmatan pengangkutan awam dalam daerah yang sama dibenarkan beroperasi dari jam 5 pagi hingga 9 malam dengan pematuhan penjarakan fizikal di dalam kenderaan berkenaan serta pemakaian pelitup muka.

Chin berkata, kapasiti untuk perkhidmatan bas henti-henti dan bas sekolah dalam daerah ialah 50 % dari had penumpang yang dibenarkan manakala untuk perkhidmatan teksi serta e-hailing ialah maksimum dua penumpang.

"Perkhidmatan pengangkutan awam merentas daerah seperti bas ekspres tidak dibenarkan beroperasi ketika PKP ini," katanya.

Chin mengingatkan pengusaha pengangkutan awam agar sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan semasa beroperasi untuk sama-sama mengekang penularan wabak COVID-19 di negeri ini.

  • oleh
  • Advertisement