Anda di sini

Bayi dibuang, tidak bernyawa dan kepala cedera parah

Advertisement
Mayat bayi yang dijumpai di atas jalan.
Mayat bayi yang dijumpai di atas jalan.

KUCHING: Mayat seorang bayi perempuan yang dibuang ditemui di atas jalan berdekatan apartmen di Jalan Bukit Mata malam Rabu.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Awang Din Awang Gani berkata mayat bayi sempurna sifatnya itu ditemui sekitar jam 9.20 malam oleh pengawal keselamatan bertugas.

Menurutnya, siasatan polis di lokasi membawa kepada tangkapan seorang wanita warga tempatan berusia 19 tahun dipercayai ibu kepada bayi terbabit.

"Siasatan di tempat kejadian dan menemui mayat bayi terbaring di tempat kejadian dengan kecederaan parah di kepala.

"Siasatan selanjutnya menahan seorang wanita tempatan berumur 19 tahun disyaki ibu kepada bayi berkenaan di bilik di sebuah hotel berdekatan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Wanita tersebut kelihatan dibawa keluar dari biliknya kira-kira pukul 1:00 pagi, dan kemudian dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS).

Polis difahamkan masih menjalankan siasatan di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

Wanita yang disyaki ibu kepada bayi tersebut ditahan polis.
Wanita yang disyaki ibu kepada bayi tersebut ditahan polis.
  • oleh
  • Advertisement