
LONDON: West Ham United memerlukan gol pertama Craig Dawson bersama kelab, tujuh minit sebelum tamat permainan untuk menewaskan kelab amatur, Stockport 1-0 dan melangkah ke pusingan keempat Piala FA Inggeris pada Isnin.
Keadaan padang becak ketika hujan membantu Stockport untuk mengekang asakan West Ham, yang kurang tiga mata dari empat tangga teratas dalam Liga Perdana Inggeris.
Skuad kendalian David Moyes itu menurunkan skuad terkuat dengan tujuh pemain antarabangsa tetapi hujan lebat yang memberhentikan permainan seketika, lebih menarik perhatian berbanding aksi dalam padang pada separuh masa pertama.
Michail Antonio dan Said Benrahma gagal menyempurnakan peluang terbaik mereka ketika pasukan pelawat meningkatkan asakan dalam separuh masa kedua.
West Ham akhirnya mendapat gol apabila Dawson menanduk kencang satu umpanan Jarrod Bowen untuk membolehkan mereka bertemu Doncaster di pusingan keempat kejohanan. — AFP