Anda di sini

United bakal menentang Liverpool di pusingan keempat

Advertisement
 Pemain tengah Manchester United Bruno Fernandes (kanan) dan penyerang Anthony Martial memanaskan badan sebelum aksi Piala Liga Inggeris  di antara  Manchester United dan Manchester City di Old Trafford, Manchester, England, baru-baru ini. — Gambar AFP
KEKAL CERDAS: Pemain tengah Manchester United Bruno Fernandes (kanan) dan penyerang Anthony Martial memanaskan badan sebelum aksi Piala Liga Inggeris di antara Manchester United dan Manchester City di Old Trafford, Manchester, England, baru-baru ini. — Gambar AFP

LONDON: Manchester United diundi menentang Liverpool pada perlawanan pusingan keempat Piala FA Inggeris sementara kelab Liga Dua, Cheltenham, akan menanti kunjungan Manchester City selepas proses pengundian kejohanan pada Isnin.

Liverpool dan United akan bertemu pada dua hujung minggu berturut-turut untuk dua pasukan teratas Liga  Perdana, apabila Liverpool menanti kunjungan United di Anfield pada 17 Januari.

Ia adalah  kali pertama dua pasukan bertemu dalam Piala FA sejak Dirk Kuyt menjaringkan gol kemenangan lewat ketika Liverpool menang 2-1 pada Januari 2012.

Kelab liga amatur, Chorley, yang menewaskan Derby County, diundi menentang kelab Liga Perdana, Wolves.

Pengurus Chorley, Jamie Vermiglio, memberitahu penyiaran BBC Sport: “Ia adalah apa yang kami mahukan, lawan dari Liga Perdana.

“Dan ada sedikit sejarah di sini kerana pad 1986, Chorley menentang Wolves di tempat sendiri dan kami menang 3-0, jadi kami perlu  melakukannya sekali lagi.”

 Pemain tengah Liverpool Jordan Henderson (kiri) memanaskan badan sebelum perlawanan Piala Liga Inggeris di antara Aston Villa dan Liverpool di Villa Park, Birmingham, England baru-baru ini. — Gambar AFP
TINGKATKAN STAMINA: Pemain tengah Liverpool Jordan Henderson (kiri) memanaskan badan sebelum perlawanan Piala Liga Inggeris di antara Aston Villa dan Liverpool di Villa Park, Birmingham, England baru-baru ini. — Gambar AFP

Jika Chorley mencipta satu lagi kejutan, mereka mungkin akan menentang juara bertahan, Arsenal di pusingan kelima.

Arsenal menanti pemenang di antara Southampton menentang Shrewsbury Town selepas perlawanan pusingan ketiga ditangguhkan ekoran pandemik COVID-19.

Manchester City berkunjung ke kelab divisyen empat, Cheltenham Town sementara Tottenham Hotspur, akan  bertandang ke Wycombe Wandereres.

Fulham akan menentang Burnley pada perlawanan dua kelab Liga Perdana Inggeris sementara Chelsea, naib juara musim lepas, diundi menentang Luton.

Kelab Liga Dua, Crawley, yang mengejutkan Leeds United 3-0 di pusingan ketiga, akan bertandang ke Bournemouth.

Perlawanan pusingan keempat akan berlangsung pada 22 hingga 25 Januari sementara perlawanan untuk pusingan kelima akan berlangsung di antara 9 hingga 11 Februari. — AFP

Advertisement