Anda di sini

Presiden Portugal positif COVID-19

Advertisement
 Gambar fail pada 2 November, 2020 menunjukkan Sousa memakai pelitup muka ketika menghadiri upacara untuk memperingati mangsa COVID-19 di Istana Belem di Lisbon. — Gambar AFP
POSITIF: Gambar fail pada 2 November, 2020 menunjukkan Sousa memakai pelitup muka ketika menghadiri upacara untuk memperingati mangsa COVID-19 di Istana Belem di Lisbon. — Gambar AFP

LISBON: Presiden Portugal Marcelo Rebelo de Sousa didapati positif COVID-19 dan telah membatalkan semua urusan awam, umum pejabat beliau pada lewat kelmarin hanya dua minggu menjelang pilihan raya presiden yang beliau dijangka akan menang.

Pemimpin negara ber-usia 72 tahun itu adalah “asimptomatik” dan diasingkan di kediaman presiden di Lisbon, menurut pejabatnya dalam satu kenyataan.

Pada Rabu lepas, beliau telah menghabiskan masa selama beberapa jam dalam pengasingan pentadbiran selepas seorang anggota rombongannya didapati positif, namun presiden ketika itu diuji sebagai negatif dan tidak ditempatkan dalam kuarantin kerana kontaknya dengan orang yang terlibat telah dianggap sebagai “berisiko rendah”.

Portugal sedang berdepan sekatan pergerakan baharu selepas satu rekod kematian seramai 122 orang dalam tempoh 24 jam lepas dan hampir 4,000 lagi di hospital kelmarin.

Perdana Menteri Antonio Costa berkata, kerajaan Sosialis sedang bersedia pada Rabu (hari ini) untuk mengumumkan sekatan yang sama dengan yang pertama kali dilaksanakan pada Mac lepas.

Kempen pilihan raya pre-siden pada 24 Januari, yang bermula secara rasminya pada Ahad, telah dikurangkan ke-pada minimum dan akan ditangguhkan dalam peng-umuman sekatan pergerakan baharu untuk mengekang peningkatan kes baharu.

Tinjauan meramalkan pemilihan semula calon konservatif Rebelo de Sousa dalam pusingan pertama pengundian dengan tiada calon yang secara rasmi disokong oleh pihak Sosialis yang memerintah. — AFP

Advertisement