Anda di sini

Empat sahabat terselamat dalam kejadian tanah runtuh di Petra Jaya

Advertisement
Keadaan kereta SUV yang dinaiki keempat-empat sahabat terbabit yang sempat keluar sebelum ia terbalik.
Keadaan kereta SUV yang dinaiki keempat-empat sahabat terbabit yang sempat keluar sebelum ia terbalik.

KUCHING: Tindakan pantas empat sahabat keluar dari dalam kereta berjaya menyelamatkan mereka dari mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Gersik, awal pagi tadi.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya berkata keempat-empat mangsa semasa kejadian menaiki sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV).

Menurutnya, kesemua lelaki terbabit bertindak keluar dari dalam kereta apabila mendapati pemukaan jalan raya mula runtuh.

"Tindakan pantas mereka itu berjaya menyelamatkan mereka," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini

Beberapa anggota BBP Petra Jaya kemudian hadir di lokasi kejadian dan menutup jalan tersebut untuk keselamatan.

  • oleh
  • Advertisement