Anda di sini

Banjir: 517 orang dipindahkan ke sembilan pusat pemindahan di Sarawak

Advertisement
Anggota APM membantu memindahkan warga emas yang terjejas banjir.
Anggota APM membantu memindahkan warga emas yang terjejas banjir.

KUCHING: Kira-kira 517 orang yang terdiri daripada 170 keluarga yang terjejas banjir dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), setakat jam 4 petang tadi. 

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata sebanyak sembilan PPS dibuka iaitu enam di Kuching, dua di Miri dan satu lagi di Serian.

Menurutnya, di Kuching, PPS dibuka di Balai Raya Taman Desa Wira, Sekolah Kebangsaan Matu Baru, Dewan Serbaguna Masyarakat Malihah, bangunan kedai di Batu Kawa, Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Sungai Tengah dan Dewan Masyarakat Stapok.

“Dewan Serbaguna Masyarakat di Malihah merekodkan jumlah tertinggi iaitu seramai 151 orang dari 27 buah keluarga, diikuti di Dewan Stapok iaitu 91 orang dari 73 buah keluarga.

“Dewan SK Matu Baru pula menempatkan 80 orang dari 16 buah keluarga, SJK Chung Hua Sungai Tengah 60 orang dari 19 keluarga, Batu Kawa seramai 59 orang dari 11 keluarga dan Taman Desa Wira seramai 35 orang dari 16 keluarga,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Manakala di Miri pula menempatkan dua buah keluarga iaitu di Balai Raya Kampung Batu 1 seramai tujuh orang dan Surau Darul Iman, Tudan Fasa 2 seramai 13 orang.

“Di Serian pula PPS dibuka di Dewan Kampung Betong Kanowit yang menempatkan 21 orang dari enam buah keluarga,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement