Anda di sini

13 keluarga dipindah ke pusat pemindahan di Paitan

Advertisement
 Anggota bomba memindahkan penduduk ke Pusat Pemindahan Banjir di Kg Binsulung Paitan.
PINDAH: Anggota bomba memindahkan penduduk ke Pusat Pemindahan Banjir di Kg Binsulung Paitan.

BELURAN: Seramai 13 keluarga di Kampung Binsulung dipindahkan ke Pusat Pemindahan Banjir di Dewan Binsulung, Paitan.

Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Beluran Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Rastam Keladi berkata, operasi pemindahan dilakukan oleh pihaknya sekitar jam 4 petang.

"Hujan sejak Isnin lepas di kawasan Paitan telah menyebabkan kawasan perkampungan itu dinaiki air," katanya.

Beliau berkata, pihaknya telah memindahkan 45 orang dari 13 keluarga yang rumah mereka dinaiki air ke Pusat Pemindahan Banjir.

"Hujan masih turun di kawasan perkampungan itu dan pihak kita masih melakukan operasi memantau di kawasan itu," katanya.

  • oleh
  • Advertisement