Anda di sini

Penyelam cari kotak hitam pesawat

Advertisement
 Para penyelam Indonesia berlepas dari Tanjung Kait di Tangerang di pinggir Jakarta menuju ke lokasi nahas pesawat Sriwijaya Air Boeing 737-500 untuk mencari kotak hitam pesawat malang tersebut. — Gambar AFP
TERUS MENCARI: Para penyelam Indonesia berlepas dari Tanjung Kait di Tangerang di pinggir Jakarta menuju ke lokasi nahas pesawat Sriwijaya Air Boeing 737-500 untuk mencari kotak hitam pesawat malang tersebut. — Gambar AFP

JAKARTA: Para penyelam Indonesia telah memeriksa perairan di luar Jakarta semalam bagi mencari kotak hitam dari pesawat penumpang dengan 62 orang di dalamnya yang terhempas pada hujung minggu lepas, ketika pihak penyiasat melakukan tugasan sukar untuk mengenal pasti mayat mangsa.

Mencari kotak-kotak tersebut – alat perakam suara kokpit dan data penerbangan – mungkin memberikan bukti penting mengenai kenapa pesawat Sriwijaya Air Boeing 737-500 terjunam kira-kira 10,000 kaki dalam masa kurang dari satu minit sebelum terjunam ke dalam Laut Jawa.

Pihak penyiasat setakat ini hanya memberikan sedikit maklumat bagi menjelaskan kenapa pesawat itu terhempas kira-kira empat minit selepas berlepas dari Jakarta, namun menyatakan kelmarin mereka telah mengesan lokasi kotak hitam.

Sebahagian daripada 2,600 kakitangan yang bertugas dalam usaha pencarian melibatkan beberapa buah bot dan helikopter telah menemui cebisan badan, serpihan bangkai pesawat dan pakaian penumpang dari air yang cetek sedalam kira-kira 23 meter.

Gambar di dalam air yang diberikan oleh pihak tentera laut Indonesia menunjukkan dasar laut yang dipenuhi dengan serpihan.

Beg mayat yang berisi dengan mayat manusia telah disembur dengan bahan disinfektan di pelabuhan utama Jakarta sebelum dibawa ke sebuah hospital polis di mana pihak penyiasat berharap untuk mengenal pasti mangsa dengan cara memadankan DNA daripada mayat mereka dengan ahli keluarga yang masih hidup.

Kesemua 62 penumpang dan kru di dalam pesawat yang separuh penuh adalah rakyat Indonesia. Kiraan itu meliputi 10 kanak-kanak.

“Pada hari ini kami telah memperluaskan kawasan pencarian... dan mengumpul apa sahaja yang kami boleh temui, serpihan atau mangsa,” Rasman MS, ketua bagi operasi nahas untuk agensi mencari dan menyelamat, memberitahu wartawan semalam.

“Ia aman menjadi satu operasi sepenuh masa – 24 jam. Terdapat masa rehat. Semakin cepat kita menemui mangsa, semakin baik.”

Siasatan mengenai nahas – yang terkini dalam satu rangkaian bencana dalam sektor penerbangan Indonesia – adalah kemungkinan akan mengambil masa beberapa bulan.

Pihak penganalisis penerbangan menyatakan data pengesanan penerbangan menunjukkan pesawat itu melencong dari laluan yang sepatutnya sebelum ia turun menjunam, dengan keadaan cuaca buruk, kesilapan juruterbang dan masalah mekanikal yang tidak berfungsi adalah antara faktor-faktor lain.

Stephen Wright, profesor bagi sistem pesawat di Tampere University di Finland, menyatakan kelajuan pesawat di udara yang kelihatan perlahan adalah satu amaran merah.

“Sesuatu yang agak dramatik telah berlaku selepas berlepas,” tambah beliau.

Sriwijaya Air,yang menguruskan penerbangan ke beberapa destinasi di Indonesia dan Asia Tenggara, telah menyatakan sedikit tentang pesawat berusia 26 tahun itu, yang sebelum ini diterbangkan oleh Continental Airlines yang berpusat di AS dan United Airlines.

Syarikat penerbangan Indonesia itu tidak pernah merekodkan satu nahas maut sejak ia mula beroperasi pada 2003.

Namun sektor penerbangan yang pantas berkembang di negara Asia Tenggara ini telah lama dibelenggu dengan masalah keselamatan, dan syarikat penerbangannya pernah diharamkan dari memasuki ruang udara AS dan Eropah.

Pada Oktober 2018, 189 orang telah terkorban apabila sebuah jet Lion Air Boeing 737 MAX terhempas berhampiran Jakarta.

Kemalangan itu – dan satu lagi di Ethiopia - menyaksikan Boeing  dikenakan denda berjumlah $2.5 bilion bagi tuntutan bahawa ia telah menipu pihak pemeriksa perundangan yang memeriksa model 737 MAX, yang telah dihentikan penggunaannya di seluruh dunia selepas kemalangan.

Model 737 yang terhempas pada Sabtu lepas adalah pertama dikeluarkan beberapa dekad lepas dan bukan satu varian MAX.

Pada 2014, sebuah pesawat AirAsia dari Surabaya ke Singapura terhempas dan kehilangan 162 nyawa.

Setahun kemudian lebih daripada 140 orang, termasuk beberapa orang yang berada di darat, telah terkorban apabila sebuah pesawat tentera terhempas sejurus selepas berlepas di Medan, pulau Sumatera. — AFP

Advertisement