Anda di sini

Mackenzie, Alfrida rangkul gelaran juara berganda Mr Borneo

Advertisement
 Juara Bina Badan dan Fizikal Mr Borneo 2020 Novis, Mackenzie.
JUARA BERGANDA: Juara Bina Badan dan Fizikal Mr Borneo 2020 Novis, Mackenzie.

KOTA KINABALU:  Mackenzie Conery rangkul gelaran juara berganda termasuk gelaran utama Mr Borneo pada Kejohanan Bina Badan dan Fizikal Mr Borneo 2020 (Novis) di sini, Ahad lalu.

Atlet dari Justin Sompong Gym itu menewaskan empat peserta lain dalam acara akhir bina badan dengan tempat kedua dimenangi Bonaventure James dari Platinum Gym, ketiga Mark O'Nell Villaceran dari Pusat Gen Y UTC KK, keempat Ishak Lajim dan kelima Stwon Gubud.

 Juara Badan Cantik, Bryan.
BADAN CANTIK: Juara Badan Cantik, Bryan.

Mackenzie juga merangkul gelaran juara dalam acara Fizikal Lelaki. Tempat kedua dimenangi Mohd Azli Jalipin, ketiga Howie H Saikol, keempat Bryan Isidore dan kelima Abdullah @ Bob Abdul.

Satu lagi acara lelaki iaitu Badan Paling Cantik (Men's Beautiful Body) dijuarai Bryan Isidore, kedua Howie, ketiga Mohd Azli dan keempat Mark O'Nell manakala Mackenzie di kedudukan kelima.

 Mark menerima hadiah juara yang disampaikan Krishna.
BEST POSER LELAKI: Mark menerima hadiah juara yang disampaikan Krishna.

Kekecewaan Mark O'Nell dalam acara Badan Paling Cantik bagaimanapun  tertebus apabila dia dinobatkan sebagai pemenang Persembahan Terbaik Lelaki (Best Poser) manakala Most Promosing Bodybuilding dimenangi Douglas Lee.

Kategori wanita pula menyaksikan Alfrida Hatumena juga muncul juara berganda menerusi acara Fizikal Wanita dan Ladies Beautiful Body.

 Flavia menerima hadiah daripada Krishna.
BEST POSER WANITA: Flavia menerima hadiah daripada Krishna.

Tempat kedua Fizikal Wanita dimenangi Julita Masanlan, ketiga Flavia Mannie Luntak dan keempat Ivy K Yon manakala tempat kedua Ladies Beautiful Body dimenangi Flavia, ketiga Andrea Ng, keempat Ivy dan kelima Julita.

Best Poser Wanita pula dinobatkan kepada Flavia.

Kejohanan anjuran Persatuan Bina Badan Sabah (SBBA) dengan sokongan Majlis Sukan Negeri (MSN) Sabah yang berlangsung di Center Atrium, 1Borneo Hypermall itu disertai lebih 50 peserta dari Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Presiden SBBA, Joannes Staneslous berkata, kejohanan itu sukses walaupun berdepan dengan kesukaran krisis COVID-19 termasuk keperluan mematuhi banyak Prosedur Opersai Standard (SOP).

"Kami sepatutnya mengajurkan kejhohanan ini pada hujung tahun lalu tetapi terpaksa dibatalkan pada saat akhir disebabkan krisis COVID-19.

 Juara Fizikal dan Badan Cantik Wanita, Alfrida menerima hadiah daripada Krishna.
JUARA: Juara Fizikal dan Badan Cantik Wanita, Alfrida menerima hadiah daripada Krishna.

"Kami kemudiannya memutuskan untuk menganjurkannya awal tahun ini tetapi sebagai pertandingan novis sahaja kerana kita masih belum dibolehkan mendapatkan penyertaan luar negeri ketika ini.

"Apapun, saya gembira kejohanan ini sukses. Terima kasih kepada semua yang menyokong terutama penaja seperti Shelen Adriana Kok, Jaslee Daya, Ruddy Mohd Hanafie Sapawe dan Krishna Kumar," kata Joannes.

  • oleh
  • Advertisement