Anda di sini

Serpihan ditemui di lokasi nahas pesawat Indonesia

Advertisement
 Pekerja penyelamat memeriksa barangan dan puing yang dihantar ke pelabuhan di Jakarta, semalam semasa operasi mencari pesawat Sriwijaya Air yang terhempas kelmarin. — Gambar AFP
TELITI: Pekerja penyelamat memeriksa barangan dan puing yang dihantar ke pelabuhan di Jakarta, semalam semasa operasi mencari pesawat Sriwijaya Air yang terhempas kelmarin. — Gambar AFP

JAKARTA: Bahagian badan dan serpihan telah dikeluarkan dari perairan berhampiran bandar utama Indonesia semalam dari sebuah pesawat penumpang Boeing yang terhempas sejurus selepas berlepas bersama dengan 62 penumpang di dalamnya.

Pesawat Boeing 737-500 Sriwijaya Air terjatuh dengan satu terjunan tajam kira-kira empat minit selepas ia meninggalkan lapangan terbang antarabangsa Soekarno-Hatta di Jakarta pada tengah hari kelmarin.

Tiada sebab-sebab telah diberikan bagi nahas, dengan pihak berkuasa memberikan tumpuan dengan usaha mencari dan menyelamat yang kelihatan tidak memberikan harapan bagi menemui sebarang mangsa yang masih hidup.

“Sehingga pagi ini, kami telah menerima dua beg mayat, seorang dengan milik penumpang dan satu lagi dengan anggota badan,” jurucakap polis Jakarta Yusri Yunus memberitahu Metro TV.

Penemuan muncul ketika satu kumpulan kapal perang, helikopter dan penyelam telah dikerahkan di luar pantai di bandar yang luas semalam.

Seramai 62 penumpang dan kru berada di dalamnya, termasuk 10 kanak-kanak, kesemuanya rakyat Indonesia, menurut pihak berkuasa,

Pesawat Sriwijaya Air SJ182 itu dalam penerbangan ke bandar Pontianak di bahagian pulau Borneo di Indonesia, kira-kira 90 minit masa penerbangan di atas Laut Jawa.

Ia terhempas di Laut Jawa berhampiran pulau pelancongan harian terkenal hanya di luar pantai tersebut.

Ahli keluarga yang sedih menunggu dalam keadaan risau bagi berita di lapangan terbang Pontianak pada malam kelmarin.

“Saya mempunyai empat anggota keluarga dalam pesawat itu, isteri dan tiga anak saya,” Yaman Zai berkata dalam keadaan sebak.

“Isteri saya menghantar sekeping gambar bayi pada hari ini.

"Bagaimana hati saya tidak hancur?” katanya pilu.

Pihak berkuasa menyatakan semalam mereka akan meneruskan pencarian mereka melalui laut dan udara sementara turut menggunakan radar sonar untuk mengesan lebih banyak petunjuk untuk pesawat itu.

Para penyelam menandakan sekurang-kurangnya tiga kawasan di kawasan nahas yang disyaki dengan belon jingga, menurut kepada seorang wartawan AFP di tempat kejadian.

“Dari pemerhatian kami, ia sangat dipercayai bahawa koordinat sepadan dengan yang terdapat pada kontak isyarat terakhir pesawat itu,” kata Hadi Tjahjanto, ketua tentera Indonesia.

Beratus-ratus kakitangan dari pasukan pencari dan penyelamat, tentera laut, polis, dengan 10 kapal perang turut mengambil bahagian dalam usaha mencari.

Data dari FlightRadar24 menyatakan pesawat itu mencapai ketinggian hampir 11,000 kaki, sebelum menurun tiba-tiba kepada 250 kaki.

Ia kemudian terputus hubungan dengan menara kawalan trafik udara.

Menteri Pengangkutan Indonesia Budi Karya Sumadi menyatakan kelmarin bahawa pesawat itu kelihatan melencong dari arah yang sepatutnya sejurus sebelum hilang dari radar.

Sriwijaya Air, yang memiliki kira-kira 10 jet Boeing yang terbang ke destinasi di Indonesia dan Asia Tenggara, hanya menyatakan ia akan menyiasat tentang kehilangan kontak.

Ia tidak segera memberikan komen ketika dihubungi AFP sekali lagi semalam.

Pada Oktober 2018, 189 orang telah terkorban ketika sebuah jet Lion Air Boeing 737 MAX terjunam ke dalam Laut Jawa kira-kira 12 minit selepas berlepas dari Jakarta dalam satu rutin penerbangan selama sejam.

Nahas tersebut dan satu penerbangan maut di Ethiopia, melihat Boeing dikenakan dengan denda AS$2.5 bilion bagi tuntutan ia telah menipu pihak pemeriksa undang-undang yang memeriksa model 737 MAX, yang telah dihentikan penggunaannya di seluruh dunia selepas dua kemalangan maut.

Jet yang jatuh kelmarin bagaimanapun bukan model MAX tetapi sudah berusia 26 tahun, menurut kepada pihak berkuasa.

Dalam kenyataan awalnya mengenai nahas kelmarin, Boeing tidak segera memberikan kenyataan lanjut mengenai puncanya.

“Kami menyedari tentang laporan media dari Jakarta berkaitan pesawat Sriwijaya Air SJ-182.

"Ingatan kami adalah bersama dengan kru, penumpang, dan juga ahli keluarga mereka,” menurut syarikat pembuat pesawat yang berpusat di Amerika Syarikat (AS) itu dalam satu kenyataan.

“Kami telah berhubung dengan pelanggan pesawat kami dan sedia untuk membantu mereka ketika saat yang sangat sukar ini.”

Sektor penerbangan Indonesia telah lama mengalami reputasi buruk tahap keselamatan yang kurang baik dan pesawatnya pernah diharamkan memasuki ruang udara AS dan Eropah. — AFP

Advertisement