Anda di sini

COVID-19: 153 kes baharu dikesan di Sarawak hari ini, jumlah tertinggi direkodkan

Advertisement
 

KUCHING: Sarawak merekodkan kes COVID-19 baharu tiga angka hari ini iaitu 153, tertinggi setakat ini menjadikan jumlah kumulatif kes 1,428.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) Datuk Amar Douglas Uggah Embas (gambar) berkata daripada jumlah itu 94 kes dikesan di Miri dengan 23 kes dari Kluster Bah Sayap, empat lagi kes dari Kluster Stutong, Kuching yang balik ke Miri dan tiga dari kluster baharu iaitu Kluster Jelita.

"Dua lagi dikesan daripada saringan COVID-19 kerana pulang dari kawasan berisiko tinggi dikategori jangkitan sebagai kes Import  B, 60 lagi daripada lain-lain saringan dan masih dalam siasatan. Manakala dua lagi jangkitan daripada Kluster Pasai iaitu di Miri," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Uggah berkata sebanyak 25 kes dikesan di Sibu hari ini, 20 adalah jangkitan daripada Kluster Pasai, dua saringan individu bergelaja dan satu kontak rapat, dua saringan individu pulang dari kawasan berisiko tinggi COVID-19 (Import B).

Bagi daerah Kuching pula, beliau berkata 13 kes baharu COVID-19 dikesan hari ini iaitu dua dari Kluster Stutong, Kuching, lapan balik dari kawasan berisiko tinggi, tiga saringan individu bergejala.

"(Daerah) Dalat 17 kes baharu (COVID-19) dikesan hari ini, adalah jangkitan Kluster Pasai. Sri Aman pula dua kes satu dari Kluster Pasai dan satu lagi dikesan daripada saringan kontak rapat.

"Beluru (Miri) satu kes melibatkan individu melakukan saringan bergejala. Selangau juga satu membabitkan individu pulang dari luar negara iaitu  kes Import A," jelasnya.

  • oleh
  • Advertisement