Anda di sini

JPBNS umum lokasi dikunjungi kes COVID-19

Advertisement
 

KUCHING: Kontak rapat kepada kes COVID-19 melibatkan Kluster Stutong di sini dan Kluster Bah Sayap di Miri diminta tampil menjalani ujian saringan. 

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Sri Dr Sim Kui Hian (gambar) berkata indeks kepada dua kluster ini telah mengunjungi beberapa lokasi. 

Antara lokasi yang dikunjungi kes melibatkan Kluster Stutong ialah TM/Unifi Kiosk/Delli Speed Courier di Icom Square; Pejabat AIA, Milan Square; K.One Kopitiam, Milan Square; MS Shima Cafe, Icom Square dan Mingkee Duck Shop, Icom Square. 

Kes katanya juga pernah mengunjungi Enviar Tapas, S.Bistro di Galacity; TGV VivacitY; MBO The Spring; K11, ST3 Outlet. 

Manakala lokasi yang dikunjungi kes indeks Kluster Bah Sayap di Miri adalah Ming Cafe, Jalan Merbau; Chillzz Bistro, Centrepoint; Rain Bar Bistro, Marina; Puma Sera, Jalan Maju; Bonzer Restoran, Hotel Kingwood, Jalan Ross dan Uniqlo, Bintang Mall. 

Lokasi lain termasuklah McDonalds, Popular Book, Watson, Senheng Electric Hq di Bintang Mall; MYY Chicken Rice Restaurant, Mosjaya; Starbucks, Marrybrown Miri Airport dan Dragon Seefood Restoran di Jalan Bakam. 

“Perkongsian maklumat ini bukan untuk menimbulkan stigma masyarakat tetapi supaya mereka yang ada kontak rapat dengan kes positif tampil membuat saringan. 

“Kita juga meminta kerjasama pemilik premis untuk memaklumkan kepada umum secara sukarela jika terdapat kes melibatkan premis masing-masing,” katanya. 

Lokasi dan masa yang pernah dikunjungi kes COVID-19 Kluster Stutong di Kuching.
Lokasi dan masa yang pernah dikunjungi kes COVID-19 Kluster Stutong di Kuching.
Lokasi dan masa yang pernah dikunjungi kes COVID-19 Kluster Bah Sayap di Miri..
Lokasi dan masa yang pernah dikunjungi kes COVID-19 Kluster Bah Sayap di Miri..
  • oleh
  • Advertisement