Anda di sini

Lokasi kunjungan kes COVID-19 didedahkan mulai esok

Advertisement
 

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) akan mengeluarkan pemberitahuan lokasi lawatan kes positif COVID-19 mulai 6 Januari.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Pengerusi JPBNS Datuk Amar Douglas (gambar) Uggah Embas berkata, pihaknya sebelum ini hanya mengeluarkan pemakluman secara umum tanpa tarikh dan waktu.

“Dengan pemberitahuan itu nanti ia akan mengandungi maklumat tarikh dan waktu kes ke lokasi berkenaan secara tepat yang dikesan melalui aplikasi.

“Kita berbincang panjang lebar mengenai perkara ini dan mengambil keputusan tersebut atas saranan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Dato Sri Dr Sim Kui Hian meskipun perkara ini amat sensitif,” katanya pada sidang media harian COVID-19 di sini, hari ini.

Uggah berkata, jika orang ramai turut melawati lokasi kes positif maka mereka boleh melakukan saringan di kemudahan kesihatan terdekat.

“Kita mengguna pakai pendekatan yang diambil oleh Singapura mengenai perkara ini," katanya.

Dalam pada itu Uggah memberitahu, JPBNS turut mengeluarkan garis panduan pengecualian pembayaran kos kuarantin dan ujian RT-PCR COVID-19.

“Bagi kanak-kanak yang dilahirkan di luar Sarawak (tiga tahun ke atas) dan kedua-dua atau salah seorang ibu bapa adalah rakyat Sarawak, kos kuarantin dan ujian rt-PCR akan ditanggung oleh Kerajaan Sarawak,” katanya.

Manakala bagi bukan rakyat Sarawak yang pasangan merupakan rakyat Sarawak, ujarnya, kos tanggungan bilik di pusat kuarantin dan ujian rt-PCR COVID-19 akan ditanggung oleh Kerajaan Sarawak dan perlu menunjukkan bukti surat perkahwinan,” jelasnya.

Mengenai garis panduan perhimpunan orang ramai pula, Uggah berkata hanya 50 peratus daripada saiz ruang dan penjarakan fizikal dibenarkan.

“Contohnya, jika kapasiti sesebuah dewan boleh memuatkan 1,000 orang dalam satu masa, kita benarkan 50 peratus bagi kapasiti dewan berkenaan.

Untuk tempat terbuka, hanya dibenarkan 200 orang.

  • oleh
  • Advertisement