
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor bertemu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di pejabatnya di Kuala Lumpur kelmarin.
Ini adalah pertemuan bersemuka pertama mereka sejak pilihan raya negeri Sabah tahun lalu.
Pada pertemuan lebih dari satu jam itu, Hajiji menekankan keperluan dan keutamaan Sabah untuk Rancangan Malaysia Ke-12(RMK12) dan membangkitkan isu-isu memenuhi MA63.
Hajiji juga memberi makluman terkini mengenai status peruntukan RM50 juta daripada kerajaan Persekutuan untuk mengekang wabak COVID-19 di Sabah.