Anda di sini

Kejohanan Gusti Lengan di Asajaya tarik lebih 70 peserta

Advertisement
Dominic Johnny wakil dari Kelab Gusti Lengan Premier 101 menyampaikan cenderahati kepada Abdul Karim.
Dominic Johnny wakil dari Kelab Gusti Lengan Premier 101 menyampaikan cenderahati kepada Abdul Karim.

KUCHING: Kejohanan Gusti Lengan Pencarian Bakat Baru 2021 yang diadakan Kompleks Sukan Asajaya pada 2 Januari menarik penyertaan lebih 70 peserta dari tujuh bahagian di negeri ini. 

Anjuran Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), kejohanan ini turut dijayakan Kelab Gusti Lengan Premier 101. 

Presiden Kelab Gusti Lengan Premier 101 Dato Sri Teng Chi Lik berkata kejohanan ini dilangsungkan mengikut piawaian ditetapkan Persekutuan Gusti Lengan Malaysia. 

Kejohanan ini katanya juga dilangsungkan mengikut prosedur operasi standard (SOP) disarankan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 

“Kejohanan ini diharap dapat menjadi satu platform pengenalan kepada sukan gusti lengan di Sarawak dan menjadikan Asajaya sebagai pusat tarikan sukan gusti lengan di Sarawak.

Abdul Karim merakamkan gambar bersama penganjur dan peserta Kejohanan Gusti Lengan Pencarian Bakat Baru 2021 yang diadakan Kompleks Sukan Asajaya, 2 Januari lepas.
Abdul Karim merakamkan gambar bersama penganjur dan peserta Kejohanan Gusti Lengan Pencarian Bakat Baru 2021 yang diadakan Kompleks Sukan Asajaya, 2 Januari lepas.

“Ini merupakan acara sukan gusti lengan pertama di Malaysia pada tahun baru dan diharapkan lebih banyak acara sukan akan kembali aktif selepas gelembung sukan diperkenalkan oleh KBS untuk membantu sukan--sukan terus aktif dalam pandemik COVID-19 ini,” katanya. 

Dalam pada itu, kejohanan ini dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah yang juga Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak. 

Lapan  kategori dipertandingkan dalam kejohanan tersebut Terbuka Remaja Bawah 18 Tahun Lengan Kanan dan Lengan Kiri, Lelaki Senior -78kg Lengan Kanan dan Lengan Kiri, Lelaki Senior +78kg Lengan Kanan dan Lengan Kiri serta Wanita Terbuka Lengan Kanan dan Lengan Kiri. 

Acho Prince Kee dari Kuching muncul juara Terbuka Remaja Bawah 18 Tahun Lengan Kanan manakala lengan kiri dimenangi Bonnyface Ronny dari Bintangor, Mukah. 

Bagi kategori Lelaki Senior -78 kg pula dimenangi Kenny Choo (Kuching) bagi lengan kanan manakala lengan kiri dimenangi Bonnyface Ronny (Bintangor, Mukah). 

Phang Kong Shyang dari Kuching pula memenangi kedua-dua kategori Lelaki Senior +78 kg bagi lengan kanan dan lengan kiri manakala terbuka wanita bagi lengan kanan dan kiri masing-masing dimenangi Audrella dari Asajaya. 

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif SSC Dr Ong Kong Swee dan Frederick Tan dari Majlis Sukan Negeri (MSN). 

  • oleh
  • Advertisement