Anda di sini

Identiti korban pikap jatuh sungai dikenal pasti

Advertisement
Mayat dibawa ke Klinik Kesihatan Beladin.
Mayat dibawa ke Klinik Kesihatan Beladin.

KUCHING: Sembilan yang terkorban dalam insiden kenderaan pikap jatuh ke dalam sungai di pangkalan Feri Batang Lupar hari ini dikenalpasti.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak mengesahkan mereka ialah pemandu, Lorna Ting berumur 33 tahun, Siti Aisha Abdullah, 36, Mohd Ahmad Mohd Hamzah, empat bulan, Muhd Mustaqim Mohd Hamzah, 5, Mohd Aiman Mohd Hamzah, 7, Wallace Phang, 7, Alvin Phang, 12, Khairunnisa Muhamad, 14, dan Nor Shuhada Mohamad, 16.

Ketika kejadian, kenderaan dinaiki mangsa terdiri daripada lima lelaki dan empat perempuan itu datang dari arah Beladin hendak menaiki Feri Batang Lupar, dekat Sebuyau.

Mereka dipercayai dalam perjalanan dari Sibu ke Kuching.

“Punca kejadian kemalangan kenderaan tersebut masih dalam siasatan pihak berkuasa,” kata Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak menerusi satu kenyataan.

Semua mayat dibawa di Klinik Kesihatan Beladin dan kematian mereka disahkan pada 7:00 malam.

Mayat mereka dikeluarkan dari kenderaan oleh orang awam dan dibantu oleh pengendali feri.

Turut berada di lokasi, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Saratok Nazry Mohamat dan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Simunjan Mat Undek.

Advertisement