Anda di sini

Pengecualian cukai jualan kenderaan dilanjutkan sehingga Jun 2021 - MOF

Advertisement
Kelihatan sebahagian kenderaan baru yang ditutup dengan kain kanvas sebelum diedarkan di tempat pengedaran untuk pasaran tempatan hari ini. - Gambar Bernama
Kelihatan sebahagian kenderaan baru yang ditutup dengan kain kanvas sebelum diedarkan di tempat pengedaran untuk pasaran tempatan hari ini. - Gambar Bernama

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan (MOF) semalam mengumumkan tempoh pengecualian cukai jualan kenderaan yang akan berakhir 31 Disember ini dilanjutkan enam bulan sehingga 30 Jun 2021.

Dalam satu kenyataan, MOF memaklumkan pengecualian cukai jualan penuh dilaksanakan ke atas kenderaan penumpang termasuk MPV dan SUV pemasangan tempatan (CKD).

"Pengecualian 50 peratus cukai jualan dikenakan ke atas kereta penumpang termasuk MPV dan SUV import baharu dan import terpakai (CBU),” katanya.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan pengecualian cukai jualan untuk pembelian kenderaan baharu bermula 15 Jun dan akan berakhir pada 31 Disember 2020. - Bernama 

Advertisement