Anda di sini

13 Warga Indonesia tinggal sehelai sepinggang

Advertisement
 Anggota bomba melakukan pemadaman sisa kebakaran kuarters pekerja ladang Sungai Sepuak, Dijih, Selangau semalam.
PADAM: Anggota bomba melakukan pemadaman sisa kebakaran kuarters pekerja ladang Sungai Sepuak, Dijih, Selangau semalam.

SELANGAU: Seramai 11 lelaki dan dua wanita warganegara Indonesia tinggal sehelai sepinggang selepas kuarters pekerja di ladang Sungai Sepuak, Dijih dekat sini ranap dalam kebakaran sekitar jam 10 malam kelmarin.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 11.05 pagi semalam lalu menggerakkan sepasukan anggota bersama jentera ke lokasi kejadian.

“Setiba pasukan bomba di tempat kejadian mendapati kuarters pekerja seperti dilaporkan terbakar 100 peratus. Menurut pengadu kebakaran berlaku jam 10 malam kelmarin,” katanya.

Menurutnya, pasukan bomba bertindak menggunakan satu aliran, satu nozel sumber air dari jentera untuk memadam sisa-sisa kebakaran.

“Setelah selesai membuat pemadaman pasukan bomba bertolak balik ke balai,” jelasnya.

Advertisement