Anda di sini

Happy Food Bank di Masjid Daerah Papar

Advertisement
 Ghulam (kiri) ketika berbincang mengenai Happy Food Bank dengan Noorziean (tengah).
BINCANG: Ghulam (kiri) ketika berbincang mengenai Happy Food Bank dengan Noorziean (tengah).

PAPAR: Masjid Daerah Papar terpilih menjadi lokasi Happy Food Bank sempena program Dapur Belia 2.0 Kementerian Belia dan Sukan Sabah bersama Majlis Belia Sabah.

Pemilihan lokasi strategik Happy Food Bank dilakukan dengan kerjasama Pergerakan Puteri Islam Malaysia Daerah Papar dan dilancarkan oleh Pegawai Daerah Papar, Ghulam Rasul Hapil.

Objektif utama Happy Food Bank adalah untuk membantu sesiapa yang memerlukan tanpa mengira bangsa dan agama serta menjadi platform untuk orang ramai yang ingin menyumbang dan membantu hanya dengan mengisi rak-rak tersedia dengan keperluan barang makanan kering.

Penyelaras program, Noorziean Mohd Tairudin menzahirkan harapan agar lebih banyak Happy Food Bank akan dapat ditubuhkan dan mendapat perhatian ramai.

 Rak makanan kering Happy Food Bank.
 FOOD BANK: Rak makanan kering Happy Food Bank.

Noorziean berkata ia secara tidak langsung dapat mengimarahkan masjid serta mempelbagaikan lagi peranan dan fungsi masjid. 

Katanya, program berkenaan tidak hanya dapat membantu khususnya mereka yang memerlukan tetapi juga mengalu-alukan orang ramai untuk membudayakan berkongsi rezeki. 

"Semoga usaha ini akan dapat menjadi salah satu inspirasi dalam menyebarkan dan berbuat kebaikan," tambahnya.

  • oleh
  • Advertisement