Anda di sini

DUN lulus pemilihan Bobbey sebagai Ahli Dewan Negara

Advertisement
BOBBEY
BOBBEY

KOTA KINABALU: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Datuk Kadzim M Yahya meluluskan pemilihan Datuk Bobbey Ah Fang Suan sebagai Ahli Dewan Negara.

Cadangan pemilihan berkenaan dikemukakan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor dan disokong oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Seramai 64 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bersetuju dengan cadangan itu dan tiada ADUN yang tidak bersetuju atau berkecuali. Seramai 14 ADUN direkodkan tidak hadir.

Pemilihan berkenaan bagi menggantikan jawatan Senator Datuk Abdul Ghani Mohd Yasin yang tamat pada 4 Januari 2021.

Kadzim berkata, pemilihan Bobbey sebagai Ahli Dewan Negara akan disahkan kepada Speaker Dewan Negara mengikut Perlembagaan Persekutuan.

  • oleh
  • Advertisement