Anda di sini

Karaoke berbilik dibenarkan beroperasi mulai esok

Advertisement
Gambar hiasan.
Gambar hiasan.

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) membenarkan premis karaoke berbilik beroperasi berkuatkuasa esok.

Pengerusinya Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata ia tidak termasuk premis KTV karaoke, kelab malam, Pub dan bistro - keputusan mesyuarat JPBNS hari ini.

“Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak memperhalusi garis panduan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi pembukaan premis karaoke di kompleks membeli belah," katanya pada sidang media COVID-19 Sarawak, di sini.

Sementara itu, Uggah yang juga Timbalan Ketua Menteri turut mengumumkan JPBNS mencadangkan untuk melancarkan Operasi JALA dalam usaha untuk mengsifarkan kedatangan pendatang asing tanpa izin (PATI).

“Operasi ini adalah sebagai usaha kita memperkukuhkan pengawalan kemasukkan PATI ke Sarawak.

“Ini kerana seperti yang kita lihat di Sabah dan Semenanjung, di mana kebanyakkan penyakit (COVID-19) ini disebarkan oleh PATI dan kita tidak mahu ia terjadi di Sarawak,” katanya.

Jelas beliau, perkara terperinci berhubung operasi JALA tersebut akan diumumkan dalam masa terdekat ini.

Berikutan peningkatan kes positif COVID-19 yang dilaporkan dalam kalangan sektor pembinaan di Semenanjung Malaysia, JPBNS memperluaskan aktiviti saringan di kilang, ladang dan tapak pembinaan.

“Sehubungan dengan itu, aktiviti saringan secara rawak dalam kalangan pekerja kilang, ladang dan tapak pembinaan telah dijalankan dari bulan Julai 2020 di seluruh Sarawak.

“Saringan ini adalah aktiviti yang berterusan dan memerlukan kerjasama semua pihak terutama pemilik premis dan agensi pekerjaan di Sarawak,” kata Uggah.

Sehingga kini, seramai 7,483 individu telah disaring di Sarawak dan hasil saringan telah menjumpai satu kes positif manakala 7,482 individu
adalah negatif.

  • oleh
  • Advertisement