Anda di sini

Malam separuh akhir Vokal Mania, penentu lapan Rookie terbaik

Advertisement
AFIEQ SHAZWAN
AFIEQ SHAZWAN

MALAM kelmarin telah berlangsungnya konsert separuh akhir Vokal Mania yang membariskan lapan Rookie yang mendapat undian tertinggi daripada penonton di www.vokalmania.com.my.

Lapan Rookie yang diumumkan sebagai Rookie separuh akhir kelmarin adalah Afieq Syazwan, Daus Husny, Eranzz Lambert, Yuveena, Danial Chuer, Fatin Afeefa, Alif Kadim, dan Aisha Retno.

Walau bagaimanapun, atas faktor kesihatan, Fatin Afeefa terpaksa mengundurkan diri dan digantikan oleh Aedy Kama.

Konsert sepauh akhir Vokal Mania itu juga merupakan sebuah konsert Rookie kerana para Idol tidak perlu membuat persembahan.

Skema penjurian dan pemarkahan pada malam itu juga berbeza kerana persembahan kelapan-lapan rookie dinilai oleh juri tetap Misha Omar dan Yusry Abdul Halim sebanyak 70 peratus dan penonton dirumah menyumbangkan baki 30 peratus daripada markah kese-luruhan para rookie.

Selesai kesemua persembahan para rookie, pengumuman empat orang rookie finalis akan diumumkan di episod ‘Road To Finale’ pada 19 Disember 2020 kelak, berdasarkan 70 peratus pemarkahan daripada juri tetap dan 30 peratus daripada undian penonton di rumah sehingga 14 Disember 2020.

Program ini turut mendapat sokongan penaja bersama Mamee London Roll, “Enak di makan, mudah dinikmati setiap masa” dan Domino’s Pizza, “Aneka pilihan untuk semua” serta rakan-rakan media digital OhBulan!, xtra.com.my dan Senang Terhibur, juga rakan radio Hot FM.

Nantikan Road to Finale Vokal Mania di kaca televisyen anda pada 19 Disember nanti.

Siapakah empat Rookie yang akan mara ke konsert akhir Vokal Mania?

Saksikan Vokal Mania setiap hari Sabtu, pada pukul 9 malam, di TV3.

Vokal Mania ini juga boleh ditonton strim langsung secara HD di YouTube TV3Malaysia dan tonton.com.my.

Layari www.xtra.com.my/vokalmania dan laman media sosial TV3 Malaysia untuk info lebih lanjut.

Advertisement