Anda di sini

Kerajaan Sabah sumbang RM16.92 juta kepada SCC

Advertisement
MASIDI
MASIDI

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri Sabah memberi sumbangan berjumlah RM16.92 juta kepada Majlis Gereja-Gereja Sabah (SCC), antaranya, untuk persediaan sambutan Hari Krismas.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Masidi Manjun, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Geran Negeri, menyampaikan sumbangan tersebut kepada Presiden SCC James Wong yang mewakili Gereja Kristian Basel Malaysia (BCCM).

Selain itu, Masidi turut menyampaikan sumbangan kepada ketua gereja lain termasuk Uskup Agung Datuk John Wong (Katolik), Datuk Jerry Dusing (Sidang Injil Borneo), Uskup Datuk Melter Jiki Tais (Anglikan) dan pendeta Dr Hii Kong Hock (Methodist).

Majlis penyerahan sumbangan itu disaksi oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor. 

 Hajiji, dalam satu kenyataan selepas majlis itu, mengucapkan penghargaan kepada SCC kerana sentiasa memberi sokongan kepada kerajaan negeri yang diterajui Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

 “Saya memberi keyakinan bahawa kerajaan negeri sentiasa menjaga hubungan baik dengan SCC. Kerajaan Sabah di bawah GRS sentiasa melindungi kebebasan beragama seperti termaktub dalam perlembagaan," katanya. 

Hajiji berkata kerajaan negeri akan terus memberi bantuan kewangan kepada semua persatuan gereja di negeri itu serta menyokong semua program anjurannya.

  • oleh
  • Advertisement