Anda di sini

‘Belenggu Rindu’ antara 12 lagu ke Anugerah Juara Lagu 35

Advertisement
 Wany Hasrita dan Dato’ Jamal Abdillah mempersembahkan ‘Belenggu Rindu’ yang dinobatkan sebagai lagu terbaik SFMM35 episod ketiga pada malam Selasa lepas lantas menempa tempat antara 12 lagu yang mara ke AJL35.
KE AJL35: Wany Hasrita dan Dato’ Jamal Abdillah mempersembahkan ‘Belenggu Rindu’ yang dinobatkan sebagai lagu terbaik SFMM35 episod ketiga pada malam Selasa lepas lantas menempa tempat antara 12 lagu yang mara ke AJL35.

DIHOSKAN oleh Sherry Al Hadad dan Haziq Hussni, episod ketiga Muzik Muzik 35 Separuh Akhir (SFMM35) yang dinantikan telah berlangsung dengan jayanya malam kelmarin.

Persoalan 12 lagu manakah yang akan mara ke Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35), tahun hadapan telah terjawab, menghentikan gusar para penonton serta semi finalis Muzik Muzik 35.

Anugerah Juara Lagu 35 akan berlangsung pada 7 Februari 2021, secara langsung di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Lagu terbaik pada malam itu adalah ‘Belenggu Rindu’ nyanyian Wany Hasrita dan Dato’ Jamal Abdillah lantas menempa tempat antara 12 lagu yang mara ke AJL35.

Selain lagu itu, dua lagu lain yang telah diangkat sebagai lagu terbaik dalam dua episod lalu iaitu ‘Hati’ nyanyian Hael Husaini dan ‘7 Nasihat’ juga berjaya melangkah ke AJL35.

Lagu-lagu lain yang turut mara ke AJL35 adalah ‘Aku Bidadari Syurgamu’ nyanyian Aishah, ‘Hutang’ (Floor 88), ‘Kau Sakiti’ (Amir Masdi), ‘Gundah’ (Ernie Zakri), ‘Gila’ (Kaka Azraff, Noki & Loca B), ‘Jangan Khianati Aku’ (Azlan & The Typewriter), ‘Eh’ (Zizi Kirana), ‘Semalam’ (Aina Abdul) dan ‘Peluang Kedua’ (Hael Husaini).

Keputusan penilaian 12 buah lagu finalis AJL35 dilakukan oleh juri-juri profesional iaitu Ajai, Edrie Hashim, Dato’ Mokhzani Ismail, Helen Yap, Fauzi Marzuki, AG Coco dan diketuai oleh Azmeer.

SFMM35 mendapat sokongan penaja utama, McDonald’s Malaysia. SFMM35 juga turut mendapat sokongan rakan-rakan pemasaran, rakan radio Hot FM dan Kool FM serta rakan digital Senang Terhibur dan xtra.com.my.

Siaran ulangan SFMM35 dapat ditonton di tonton.com.my dan YouTube TV3Malaysia. Dapatkan maklumat lanjut SFMM35 dan Anugerah Juara Lagu 35 melalui laman media sosial Instagram, Facebook dan Twitter rasmi TV3Malaysia dan Senang Terhibur.

Advertisement