Anda di sini

MR D.I.Y. Grup lancar cawangan kedai harga tetap ke-10- Mr.DOLLAR di Sunway Giza!

Advertisement

KUALA LUMPUR, 12 Disember 2020 — Cawangan ke-10 MR. DOLLAR yang dinanti-nantikan membuka tirainya pada 7 Disember, 2020, dengan tawaran promosi menarik dan pemberian barangan percuma bagi penduduk Kota Damansara sebagai simbolik acara. Terletak di Sunway Giza, di kawasan pesat membangun di Petaling Jaya, cawangan MR. DOLLAR dengan keluasan 7,000 kaki persegi ini menawarkan barangan berharga RM2 dan RM5, di dalam suasana yang selesa dan mesra pelanggan. MR. DOLLAR adalah sebahagian dari MR D.I.Y. Grup, peruncit perkakas rumah terbesar di Malaysia.

Bersempena dengan pembukaan cawangannya, MR. DOLLAR Sunway Giza bakal mengadakan upacara pembukaan selama tiga hari dari 18 hingga ke 20 Disember 2020, dengan promosi menarik dan pemberian barangan percuma untuk semua (sila rujuk halaman seterusnya untuk maklumat lanjut). Para pelanggan bakal menikmati minuman percuma, bergambar bersama Santa Claus, menerima bijirin sarapan Milo dan Koko Krunch bagi setiap pembelian, dan menyertai permainan Dollar Spin sepanjang tiga hari program.

Selain itu, setiap pelanggan pertama yang ke-100 daripada 1,000 orang pelanggan boleh menyertai acara Beli Apa Saja selama 60 saat, berpeluang untuk memenangi produk bernilai RM300. Bukan itu saja, sepanjang bulan Disember, para pelanggan turut berpeluang berbelanja di seluruh cawangan MR. DOLLAR untuk menikmati promosi Beli 1 Percuma 1, Tawaran Bundle, promosi Hadiah dengan Pembelian , Belanja dan Menang, dan Pembelian dengan Pembelian.

Naib Presiden Pemasaran MR D.I.Y. Grup En. Andy Chin berkata, “Persepsi biasa bagi kedai konsep harga tetap adalah tempat laluan yang sempit dan produk yang tidak tersusun rapi dengan persekitaran yang tidak selesa. Ini, menjadikan pengalaman membeli-belah yang tidak menarik hanya untuk mendapatkan barangan yang murah. MR. DOLLAR pula memberi satu revolusi yang baru sekaligus menepis persepsi negatif mengenai kedai konsep harga tetap dengan menawarkan satu pengalaman membeli belah yang baru kepada para pelanggan dengan tempat laluan yang luas dan persekitaran yang berhawa dingin untuk keselesaan membeli belah. Paling utama sekali, para pelanggan boleh membeli pelbagai jenis rangkaian produk dalam 10 kategori pada harga tetap ‘Always RM2 or RM5’.”

“Kami menerima banyak maklum balas yang positif selepas pelancaran cawangan MR. DOLLAR yang pertama di Cheras, pada Ogos tahun ini. Ianya memberikan kami semangat untuk meneruskan momentum syarikat dengan melancarkan cawangan kedua di Kepong. Dari situ, kami mengembangkan perniagaan MR. DOLLAR di pusat membeli-belah dan di lokasi luar Lembah Klang, dengan membuka cawangan di kawasan urban dan separa urban dengan matlamat untuk memberikan nilai dan kemudahan kepada masyarakat.

Dengan pelancaran cawangan ke-10 MR. DOLLAR hari ini, kami harap dapat memberikan manfaat yang sama khusus buat komuniti di Petaling Jaya, ”tambah Chin.

“MR. DOLLAR mengambil inspirasi konsep dollar-store, dengan rekaan dalam cawangan yang serba lengkap dengan laluan yang luas serta berpenghawa dingin untuk keselesaan pengalaman membeli-belah pelanggan kami. Dengan pelbagai jenis produk dari 10 kategori di mana semuanya berharga RM2 atau RM5, MR. DOLLAR tetap di sini untuk semua rakyat Malaysia.” tambah Chin lagi.

Para pelanggan boleh mendapatkan produk-produk dari Coklat & Manisan; Snek & Biskut; Bahan-bahan Memasak; Barangan Dapur; Minuman; Bakeri; Sejuk & Beku; ke Barangan Kelengkapan Rumah; Perkakas; dan Alat Tulis, Mainan & Sukan. Jenama terkenal seperti Maggi, Oreo, Kitkat, Coca Cola, dan Nestle, serta banyak lagi boleh ditemui di MR. DOLLAR.

Sejak pelancaran cawangan pertama MR. DOLLAR pada bulan Ogos tahun ini, usaha mereka dilipatgandakan untuk menjadi peruncit harga rendah terbesar di Malaysia, dengan membuka sembilan lagi cawangan dengan jayanya di Taman Maluri, Jalan Besar Kepong, KIPMall Bangi, Wangsa Niaga, KIPMALL Kota Warisan, Pekan Semenyih, Jalan Dato Sagor, Sungai Chua, dan Desa Coalfields, kesemuanya di Lembah Klang. Untuk menyambut pembukaan cawangan ke-10 mereka, seluruh cawangan MR.DOLLAR akan mengadakan tawaran dan promosi dari sekarang ke 31 Disember (sila rujuk halaman sebelah untuk maklumat lanjut).

Sebarang maklumat dan info terkini, layari laman sesawang MR. DOLLAR, www.mrdollar.co, atau media sosial — Facebook dan Instagram @mrdollarmalaysia dan @mrdollar.malaysia, atau hubungi Talian Khidmat Pelanggan MR.DOLLAR di 03-89611338.

Advertisement