Anda di sini

Keluarga gelandangan jadi mangsa tipu segera dibantu

Advertisement
 Marini menyampaikan bantuan fidyah kepada Ina (dua kiri) yang ditemui bergelandangan di Miri Times Square, malam kelmarin.
DISANTUNI: Marini menyampaikan bantuan fidyah kepada Ina (dua kiri) yang ditemui bergelandangan di Miri Times Square, malam kelmarin.

MIRI: Sebuah keluarga dari Bintulu yang bergelandangan sejak tiba di Miri dua hari lalu telah diselamatkan orang awam.

Kehadiran keluarga berkenaan yang menjadikan sebuah premis di Miri Times Square sebagai tempat berteduh mendapat perhatian orang awam.

Prihatin dengan nasib keluarga itu, Tabung Baitumal Sarawak (TBS) Miri, Jabatan Kebajikan Masyarakat Miri, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta anggota Volunteer Miri menyantuni keluarga berkenaan.

Ketua TBS Cawangan Miri Marini Juraibi berkata, keluarga Ina Abdul Samad berada di Miri selepas ditawarkan pekerjaan kontrak oleh majikan.

“Pasangan suami isteri ini ditawarkan pekerjaan kontrak oleh majikan dan diberikan tambang untuk pengangkutan ke Miri menggunakan bas.

“Bagaimanapun, mereka memberitahu telah ditipu majikan terbabit sebaik tiba di Miri,” katanya kepada Utusan Borneo di sini, semalam.

Marini berkata, keluarga berkenaan juga merupakan penerima bantuan sara hidup TBS melalui Cawangan Bintulu.

Beliau seterusnya memberitahu, TBS Miri menya-lurkan bantuan awal fidyah berjumlah RM280 yang akan diagihkan untuk keperluan makan dan minum.

Sementara pihak JKM pula menyediakan bantuan pengangkutan untuk keluarga berkenaan pulang semula ke Bintulu semalam.

“Bantuan pakaian sementara telah diserahkan kepada pemohon iaitu hasil sumbangan orang ramai ke pejabat TBS,” jelasnya.

Keluarga berkenaan telah ditempatkan di Bilik Ali Kompleks Islam Miri untuk bermalam sementara pihak Volunteer Miri menyediakan makan dan minum.

  • oleh
  • Advertisement