Anda di sini

Rayuan BKSS B40 dan bujang dibayar mulai hari ini

Advertisement
Gambar fail menunjukkan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada majlis pengumuman BKSS.
Gambar fail menunjukkan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada majlis pengumuman BKSS.

KUCHING: Pembayaran Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) B40 Rayuan RM1,500 kepada Ketua Isi Rumah (KIR) dan RM500 sekali sahaja kepada individu bujang dibuat bermula hari ini.

Menurut kenyataan akhbar Unit Perancang Ekonomi Sarawak, Jabatan Ketua Menteri, pembayaran kepada bagi KIR akan dilakukan dua peringkat iaitu bayaran pertama RM750 akan disalurkan ke akaun bank masing-masing mulai hari ini.

Penerima yang tidak mempunyai akaun bank, bantuan BKSS ini boleh dituntut daripada mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara dengan hadir sendiri dan mengemukakan kad pengenalan masing-masing di kaunter BSN mulai 21 Disember 2020 hingga 31 Mac 2021.

Bayaran kedua, baki RM750 akan dilakukan secara bulanan iaitu RM250 sebulan pada setiap 15 haribulan mulai Januari 2021 sehingga Mac 2021 bagi yang mempunyai akaun bank.

Sementara bagi yang  tidak mempunyai akaun bank bantuan secara tunai RM750 boleh dituntut di kaunter mana-mana cawangan BSN di seluruh negara mulai 21 Januari 2020 hingga 31 Mac 2021.

Manakala bantuan sekali sahaja berjumlah RM500 kepada Individu Bujang B40 Rayuan akan disalurkan ke akaun bank masing-masing mulai hari ini. 

Penerima yang tidak mempunyai akaun bank bantuan BKSS ini boleh dituntut daripada mana-mana cawangan BSN di seluruh negara dengan hanya mengemukakan kad pengenalan masing-masing di kaunter bank mulai 21 Disember 2020 hingga 31 Mac 2021.

Mereka yang mahu mengetahui status permohonan Rayuan BKSS B40 boleh melakukan semakan di laman sesawang www.sarawak.gov.my/bkssrayuan selain menghubungi Talikhidmat di talian 082-555999 untuk pertanyaan lanjut mengenai rayuan masing-masing.

Dalam perkembangan lain, Unit Perancang Negeri berkata penerima BKSS yang diluluskan sebelum ini dan tidak mempunyai akaun bank dinasihatkan hadir dan mengemukakan kad pengenalan di kaunter mana-mana cawangan BSN di seluruh negara untuk mendapatkan bantuan tunai BKSS B40.

Tarikh akhir untuk menuntut bantuan ini, pada 31 Mac 2021 dan mereka terbabit dinasihat menghubungi Talikhidmat di talian 082- 555999 untuk pertanyaan lanjut mengenai status BKSS B40 masing-masing, tambahnya.

Unit Perancang Negeri turut memaklumkan permohonan BKSS B40 Rayuan telah ditutup serta tamat pada 31 Mei 2020 dan tidak akan dibuka semula.

  • oleh
  • Advertisement