Anda di sini

Shopee mulakan tawaran ulang tahun 12.12 dengan 4 kali lebih jualan

Advertisement
 

KUALA LUMPUR: Shopee memulakan jualan 12.12 ulang tahun kelimanya lebih hebat dengan empat kali lebih banyak barangan dijual pada jam pertama berbanding semasa 2019. 

Shopee dalam satu kenyataan hari ini berkata aktiviti membeli-belah melonjak pada tengah malam 12 Dis, dengan produk rumah serta kediaman, barangan runcit, kesihatan dan kecantikan menjadi barangan yang paling banyak dibeli semasa lapan jam pertama jualan. 

Katanya, orang ramai dilihat cuba menambah stok barangan keperluan, terutamanya makanan. 

"Memandangkan usaha tinggal di rumah diteruskan, rakyat Malaysia didapati membeli lebih 200,000 unit makanan ringan dalam tempoh lapan jam pertama 12 Dis ini.

"Sementara itu, MILO terus menjadi minuman malt coklat kegemaran rakyat Malaysia dengan dua unit dijual pada setiap saat," katanya. 

Sementara itu, ibu bapa dilihat membeli barangan persekolahan sebagai persediaan menghadapi tahun baharu, dengan lebih 190,000 barangan alat tulis dijual di Shopee. 

Lebih 53,000 unit seragam sekolah, beg, kasut, kotak pensel dan banyak lagi dijual secara keseluruhan.

Di samping itu, pembeli lelaki dan wanita dilihat membeli-belah untuk keperluan kesihatan dan kecantikan, dengan barangan penjagaan kulit serta gincu menjadi sangat popular dengan lebih daripada 210,000 barangan dan 37,000 unit dijual.

"Rakyat Malaysia dilihat berebut bagi mendapatkan tawaran terbaik dalam sambutan Hari Ulang Tahun Shopee yang kelima, yang mana, seorang pengguna telah membuat pesanan sehingga 180 barangan pada pagi 12 Dis.

"Dapatkan tawaran yang lebih menakjubkan dari serendah 12 sen semasa Jualan Kilat dan nikmati penghantaran percuma tanpa perbelanjaan minimum di Shopee 12.12 Birthday Sale sehingga tengah malam di https://shopee.com.my/m/12-12," katanya. - BERNAMA 

Advertisement