Anda di sini

Stok minyak sawit mentah susut 1.72 peratus pada November - MPOB

Advertisement
 

KUALA LUMPUR: Stok minyak sawit mentah (MSM) Malaysia turun 1.72 peratus kepada 725,198 tan metrik pada November 2020 daripada 737,919 tan metrik pada Oktober, demikian menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Stok minyak sawit diproses meningkat sebanyak 0.43 peratus bulan ke bulan kepada 839,307 tan metrik semasa bulan tersebut berbanding 835,746 tan metrik pada bulan sebelumnya, kata lembaga itu dalam laporan bulanannya mengenai prestasi industri minyak sawit bagi November 2020.

Semasa bulan tersebut, pengeluaran MSM susut 13.51 peratus kepada 1.49 juta tan metrik daripada 1.72 juta tan metrik sebelumnya, manakala pengeluaran isirung sawit turun 16.26 peratus kepada  350,144 tan metrik daripada 418,121 tan metrik pada Oktober.

"Eksport minyak sawit jatuh 22.16 peratus kepada 1.30 juta tan metrik pada November berbanding 1.67 juta tan metrik pada bulan sebelumnya manakala eksport oleokimia sawit susut sedikit sebanyak 0.10 peratus kepada 262,504 tan metrik daripada 262,757 tan metrik sebelumnya," katanya.

Sementara itu eksport biodiesel pada bulan tersebut berkurangan 10.19 peratus kepada 20,305 tan metrik berbanding 22,609 tan metrik pada Oktober, manakala eksport minyak isirung sawit susut 34.76 peratus kepada 91,747 tan metrik daripada 140,640 tan metrik pada bulan sebelumnya.

Eksport dedak isirung sawit turun 13.62 peratus kepada 217,753 tan metrik pada November daripada 252,074 tan metrik pada Oktober. - Bernama 

Advertisement