Anda di sini

Pekerja dan majikan cedera, kedai disamun

Advertisement
 

KUCHING: Seorang pemilik kedai runcit berusia 43 tahun cedera, manakala pekerjanya lebam di mata akibat disamun empat lelaki ketika hendak menutup kedai di Jalan Semariang, di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Awang Din Awang Gani berkata kejadian berlaku sekitar jam 10 malam, mereka tiba-tiba didatangi keempat-keempat suspek.

Menurutnya, seorang daripada suspek bertindak menumbuk muka pekerja kedai runcit tersebut yang berusia 53 tahun, dan tiga lagi suspek menyerbu masuk melakukan samun."Pemilik kedai (lelaki) kemudian meminta suspek untuk beredar tetapi sebaliknya dia juga diserang sehingga menyebabkan kecederaan di belakang kepala," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun, barang-barang yang hilang dan anggaran kerugian masih belum dapat disahkan setakat ini.

Mangsa dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) menggunakan ambulans untuk rawatan lanjut.

Siasatan lanjut kes masih dijalankan di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

"Usaha mengesan keempat-empat suspek masih giat dijalankan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta untuk menyalurkannya kepada polis," kata Awang.

  • oleh
  • Advertisement