Anda di sini

Penghantar makanan maut kemalangan

Advertisement
 

KUCHING: Seorang penghantar makanan maut dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Bampfylde, di sini sekitar jam 5 petang tadi.

Menurut sumber, mangsa dikenali sebagai Muhamad Audi Zikry Abdul Rahman,20, dan beralamatkan dari Jalan Datuk Ajibah Abol.

Difahamkan mangsa menunggang motosikal dari arah Jalan Batu Lintang.

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas diperiksa anggota paramedik.

  • oleh
  • Advertisement