Anda di sini

Panggilan tak dijawab, rupanya dah tiada

Advertisement
 

KUCHING: Seorang wanita ditemui mati di ruang tamu rumahnya di Jalan Stampin, di sini pada Isnin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching Superintenden Merbin Lisa berkata wanita berumur 38 tahun itu, ditemui rakannya yang berasa curiga apabila mangsa tidak menjawab telefonnya sejak malam Ahad.

Menurutnya, tiga rakan mangsa pergi ke rumah mangsa sekitar jam 1 petang dan mendapati dia tidak sedarkan diri lalu menghubungi polis.

"Mangsa disahkan meninggal dunia ketika diperiksa anggota paramedik di lokasi kejadian. Siasatan awal mendapati tiada unsur-unsur jenayah ditemui di lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi, semalam.

Tambahnya, mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat.

"Pemeriksaan awal tubuh badan mangsa mendapati tiada kecederaan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu keputusan bedah siasat," katanya.

  • oleh
  • Advertisement