Anda di sini

Program Ziarah Kamek diteruskan secara maya

Advertisement
 Awla (dua kiri) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima di bawah Program Ziarah Kamek Parlimen Batang Sadong.
TERIMALAH: Awla (dua kiri) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima di bawah Program Ziarah Kamek Parlimen Batang Sadong.

KUCHING: Program Ziarah Kamek yang diilhamkan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri merangkap Ahli Parlimen Batang Sadong sejak 2016 diteruskan secara maya bagi memastikan golongan yang memerlukan terus dibantu secara konsisten.

Inisiatif di bawah program Ziarah Kamek itu merupakan usaha berterusan Pusat Khidmat Parlimen Batang Sadong dengan kerjasama ketiga-tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Gedong dan Sadong Jaya.

Turut bekerjasma menjayakan program ini agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Kerja Raya(JKR), Pejabat Kesihatan, Jabatan Kebajikan Masyarakat serta Pejabat Daerah.

Berucap secara maya dalam Majlis Penyerahan Sumbangan Ziarah Kamek Zon 1 san 2 N25 Simunjan Tahun 2020 Parlimen Batang Sadong, Nancy berkata Ziarah Kamek pada asalnya dikenali sebagai Sentuhan Kasih pada 2016 dan kemudian diperbaiki pendekatannya pada 2017.

Antara penambahbaikan yang telah dilakukan ialah jenis bantuan yang disalurkan, penglibatan agensi kerajaan yang berkepentingan, tindakan susulan yang diambil serta mengkategorikan kumpulan sasaran penerima agar tiada mana-mana individu dalam kelompok yang memerlukan bantuan terpinggir.

“Meskipun berbeza dengan pendekatan sebelum ini di mana bantuan diserahkan dari rumah ke rumah, kali ini Ziarah Kamek dilaksanakan menerusi cara yang berbeza demi menjaga keselamatan dan kesihatan penerima.

“Keterbatasan ini tidak menghalang kita untuk terus bersua walaupun secara maya. Dan seperti yang disaksikan sendiri, usaha murni ini masih terus dilaksanakan di dua tempat berasingan,” katanya.

Nancy dalam pada itu berharap menerusi inisiatif tersebut, jumlah penerima bantuan di Parlimen Batang Sadong akan berkurangan apabila sedikit demi sedikit masalah di peringkat akar umbi dapat ditangani bersama.

Beliau turut menyeru semua pihak bersama-sama meneruskan perjuangan membantu rakyat di ketiga-tiga DUN di bawah Parlimen Batang Sadong.

Turut hadir  ADUN Simunjan Awla Deris dan Pegawai Daerah Simunjan Abdul Khalid Manap.

Advertisement