Anda di sini

Abdullah menyampaikan sumbangan menerusi lawatan kerja baru-baru ini

Advertisement
Abdullah menyampaikan sumbangan ketika lawatan kerjanya ke Pulau Bruit, Ahad lepas.
Abdullah menyampaikan sumbangan ketika lawatan kerjanya ke Pulau Bruit, Ahad lepas.

DARO: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop Abdullah Saidol baru-baru ini mengadakan lawatan kerja ke tujuh kampung di Pulau Bruit dekat sini.

Menerusi lawatan pada Ahad lepas, beliau menyampaikan sumbangan kepada 15 organisasi terdiri daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), jawatankuasa masjid, tadika dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Sumbangan berjumlah keseluruhan RM40,886.00 itu disampaikan kepada organisasi di Rumah Panjang Bekakong, Kampung Saai, Kut, Penuai, Penibong, Betanak dan Tekajong.

Dana tersebut adalah untuk membiayai aktiviti dan membeli pelbagai barangan diperlukan organisasi.

Pasukan Sukarelawan Bomba Pulau Bruit yang beroperasi di Betanak menerima peruntukan RM5,000 bagi membeli barangan keperluan dan membiayai aktiviti.

Beliau juga menerima beberapa permohonan baharu daripada beberapa JKKK, PIBG dan jawatankuasa masjid bertujuan membaiki masjid dan surau, membaiki jalan dan jambatan yang rosak.

“Ada beberapa permohonan yang terdahulu belum sempat diproses kerana menunggu pengesahan dari agensi seperti Jabatan Kerja Raya,” kata Abdullah yang juga Menteri Muda Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak ketika dihubungi.

Manakala, beberapa permohonan untuk barangan kegunaan masjid dan dewan akan disegerakan penghantarannya.

Sementara itu, beliau turut menerima aduan mengenai isu liputan telekomunikasi yang tidak memuaskan di Pulau Bruit.

“Isu liputan telekomunikasi yang lemah di beberapa tempat akan diaju sekali lagi kepada agensi seperti Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Sebenarnya sebelum persidangan Dewan Undangan Negeri yang lepas, Ketua Menteri telah mengarahkan SMA untuk bertindak segera mengatasi masalah ini dengan kerjasama agensi lain seperti SKMM dan Sacofa,” jelasnya.

Beliau turut menerima aduan mengenai benteng yang rosak.

Advertisement