Anda di sini

Sabah catat 476 kes baharu COVID-19 pada 28 November 

Advertisement
MASIDI
MASIDI

KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan sebanyak 476 kes baharu COVID-19 pada 28 November 2020 menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 28, 155 kes.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, daripada jumlah kes baharu berkenaan, sebanyak 258 kes adalah berpunca dari empat kluster baharu dan tujuh kluster sedia ada.

"Antara kluster baharu itu ialah Kluster Pusat Tahanan Sementara Sibuga Sandakan sebanyak 99 kes, Kluster Jesselton, Kota Kinabalu (53 kes), Kluster Dermaga, Sandakan (17 kes) dan Kluster Tempasuk, Kota Belud (tujuh kes).

"Jumlah dari kluster sedia ada termasuklah Kluster Sutera, Kota Kinabalu (53 kes),  Kluster Ria 30, Tuaran (12 kes), Kluster Sabaru, Lahad Datu (10 kes), Kluster Tinusa, Sandakan (tujuh kes), Kluster Dialisis, Lahad Datu (empat kes) dan Kluster Rumah Merah (dua kes) serta Kluster Jalan Tuaran (tiga kes) di sini," katanya dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.
Beliau berkata, kluster baharu seperti Kluster Jesselton di sini melibatkan pekerja tapak pembinaan Jesselton Quay, Kluster PTS Sibuga melibatkan Pusat Tahanan Sementara Sibuga, Kluster Dermaga Sandakan (saringan pelabuhan dermaga) dan Kluster Tempasuk berkaitan dengan upacara pengebumian.

"Pada Sabtu lalu, seramai 274 pesakit COVID-19 telah sembuh menjadikan jumlah kumulatif sembuh 24,793 orang.

"Sejumlah 2,094 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 669 orang di hospital dan 1,425 orang di  Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC).

"Bilangan pesakit COVID-19 dalam Unit Rawatan Rapi ialah 70 orang dan 19 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan," katanya.

Beliau turut mendedahkan daerah Sandakan mencatatkan kes tertinggi pada Sabtu dengan 176 kes. Daripada jumlah itu 99 kes adalah daripada Kluster PTS Sibuga, 17 kes daripada Kluster Dermaga dan tujuh kes daripada Kluster Tinusa.

Manakala katanya, saringan kontak rapat sebanyak 36 kes, saringan bergejala (lapan kes), saringan komuniti (tujuh kes) dan saringan sebelum kerja serta saringan 'sign on' masing-masing satu kes. 

Sementara itu katanya, daerah Kota Kinabalu pula mencatatkan kes kedua tertinggi iaitu sebanyak 151 kes yang berpunca dari Kluster Jesselton (44 kes), Kluster Sutera (53 kes) dan Kluster Rumah Merah (dua kes).

"Manakala bakinya adalah dari saringan kontak rapat (35 kes), saringan bergejala (sembilan kes), saringan komuniti (dua kes), saringan pra kemasukan wad (dua kes), saringan kendiri (dua kes), saringan pra pekerjaan dan saringan tempat kerja masing-masing satu kes," katanya.

  • oleh
  • Advertisement