Anda di sini

Norway setuju ekstradisi suspek serangan 1982 di Paris

Advertisement
 Gambar fail pada 9 Ogos 1982 menunjukkan anggota bomba dan seorang penyelamat di Paris selepas restoran pelbagai juadah Yahudi Perancis, Jo Goldenberg, diserang oleh lelaki bersenjata yang melontar bom tangan ke dalam restoran dan menembak pelanggan dengan submesingan, membunuh enam pelanggan dan mencederakan 22 yang lain. — Gambar AFP
TRAGIS: Gambar fail pada 9 Ogos 1982 menunjukkan anggota bomba dan seorang penyelamat di Paris selepas restoran pelbagai juadah Yahudi Perancis, Jo Goldenberg, diserang oleh lelaki bersenjata yang melontar bom tangan ke dalam restoran dan menembak pelanggan dengan submesingan, membunuh enam pelanggan dan mencederakan 22 yang lain. — Gambar AFP

OSLO: Kelmarin Norway bersetuju untuk mengekstradisi ke Perancis seorang suspek dikaitkan dengan satu serangan pada 1982 di Paris yang telah mengorbankan enam orang, membawa harapan kepada beberapa keluarga mangsa yang menuntut bagi satu perbicaraan selama hampir 40 tahun.

Keputusan pihak Norway telah diambil semasa sebuah suruhanjaya bagi menteri-menteri dan tidak boleh dirayu. Ekstradisi itu akan dilakukan dalam masa 10 hari, seorang jurucakap bagi perkhidmatan perisikan Norway PST memberitahu AFP.

Walid Abdulrahman Abu Zayed, seorang rakyat Palestin berusia 61 tahun yang menjadi rakyat Norway pada 1997, telah dikehendaki oleh pihak berkuasa Perancis kerana disyaki sebagai salah seorang dari penembak dalam serangan ke atas restoran Jo Goldenberg di daerah Marais, Paris, sebuah daerah bersejarah Yahudi.

Serangan pada 9 Ogos, 1982, yang menyebabkan enam orang terkorban dan 22 orang tercedera, telah dipersalahkan terhadap Pertubuhan Abu Nidal, sebuah kumpulan pecahan bagi kumpulan militan Palestin Fatah.

Abu Zayed, yang telah menetap di Norway sejak 1991 ketika dia dikenali dengan nama Osman, telah mengekalkan  kenyataan tidak bersalahnya dan menegaskan dia berada di Monte Carlo pada masa itu.

Dia telah merayu bagi beberapa keputusan mahkamah di Norway yang memutuskan ekstradisinya sebagai sah, menemui kegagalan.

Keputusan terakhir telah diberikan kepada pihak kerajaan.

"Eayuan Osman telah diperiksa dalam suruhanjaya menteri yang menemui raja. Ia telah ditolak,” jurucakap PST Annett Aamodt berkata.

“Kementerian kehakiman mengarahkan ekstradisi dilaksanakan di bawah satu perjanjian di antara polis Norway dan Perancis serta keputusan akan dilaksanakan dalam masa 10 hari,” tambah beliau.

Keputusan Norway telah diterima baik oleh keluarga mangsa.

“Perbicaraan akhirnya mampu dilakukan, dengan tertuduh berada di kandang pesalah,” Avi Bitton, seorang peguam yang mewakili tiga orang pekerja  di restoran Jo Goldenberg, memberitahu  AFP.

“Ia akan melibatkan usaha selama beberapa tahun, mengenai pendedahan di media dan aktivisme perundangan bagi membawa  perbicaraan ini sehingga berhasil,” tambah beliau.

Perancis telah meminta ekstradisi Abu Zayed sebelum ini, namun Norway mempunyai satu polisi untuk tidak mengekstradisikan rakyatnya.

Bagaimanapun, satu perjanjian yang baharu dilaksanakan di antara Kesatuan Eropah, Norway dan Iceland  telah membuka jalan bagi ekstradisi.

Peguam Abu Zayed di Norway menolak untuk memberikan komen mengenai keputusan kelmarin, kerana beliau masih belum menerima keputusan itu secara bertulis.

“Saya tidak suka Perancis,” anak guamnya telah memberitahu sebuah mahkamah di Oslo pada September. "Saya tidak mahu dipenjarakan di Perancis.”

Selain dari  Abu Zayed, Perancis turut mengemukakan waran tangkap antarabangsa bagi dua orang suspek di Jordan  dan satu lagi di Tebingan Barat.

Jordan telah menolak beberapa kali untuk mengekstradisikan dua orang suspek tersebut.

Perkara itu menjadi lebih menarik berdasarkan laporan media tentang satu perjanjian rahsia di antara perkhidmatan perisikan Perancis dan Abu Nidal Organisation di mana anggotanya tidak akan ditangkap sekiranya mereka menjauhkan diri dari melakukan serangan selanjutnya di negara Perancis. — AFP

Advertisement