Anda di sini

Mayat lelaki ditemui di pantai ABF di Bintulu

Advertisement
Pasukan bomba mengusung mayat mangsa keluar sebelum menyerahkannya kepada polis untuk tindakan lanjut. - Gambar ihsan Bomba.
Mayat mangsa diusung sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. - Gambar ihsan Bomba.

BINTULU: Orang awam di sini dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki yang terdampar pada bongkahan batu di Pantai ABF, Tanjung Kidurong, petang tadi. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu, Christus Buson dalam kenyataan media hari ini, berkata sepasukan anggota bomba dari BBP Bintulu dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan berhubung penemuan mayat pada jam 1.51 petang.

"Sampai di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati sememangnya terdapat mayat yang terdampar pada bongkahan batu di pantai berkenaan," ujarnya. 

Beliau berkata, pemeriksaan awal yang dijalankan mendapati satu mayat lelaki yang masih lengkap berpakaian namun belum diketahui identiti memandangkan tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada tubuh mangsa. 

Pasukan bomba katanya mengambil masa satu jam setengah bagi mengeluarkan mayat mangsa dengan menggunakan stretcher. 

"Selepas berjaya dikeluarkan pada jam 3.50 petang mayat mangsa ke diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," ujar beliau. 

Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Rumah Mayat Hospital Bintulu untuk bedah siasat.

  • oleh
  • Advertisement