Anda di sini

Macron sifatkan anggota polis pukul lelaki kulit hitam memalukan negara

Advertisement
 Gambar video yang diambil pada Jumaat dari sebuah video AFP menunjukkan rakaman CCTV, yang diedarkan dengan meluas dalam rangkaian media, yang menunjukkan penerbit Michel Zecler sedang dibelasah oleh anggota polis pada 21 November 2020. — Gambar AFP
KEJAM: Gambar video yang diambil pada Jumaat dari sebuah video AFP menunjukkan rakaman CCTV, yang diedarkan dengan meluas dalam rangkaian media, yang menunjukkan penerbit Michel Zecler sedang dibelasah oleh anggota polis pada 21 November 2020. — Gambar AFP

PARIS: Presiden Perancis Emmanuel Macron menyatakan kelmarin bahawa anggota polis yang memukul seorang lelaki kulit hitam telah memalukan negara dan menyatakan insiden itu sebagai satu “serangan yang tidak dapat diterima”.

Macron turut meminta kerajaan Perancis untuk tampil dengan cadangan bagi “menentang diskriminasi”.

Video yang dikeluarkan oleh laman sesawang Loopsider menunjukkan pengarah muzik Michel Zecler telah dipukul berulang-ulang kali oleh beberapa anggota polis selama beberapa minit dan mengalami penghinaan kaum ketika beliau cuba untuk memasuki studio muziknya pada petang Sabtu.

Presiden menyebut mengenai gambar-gambar “yang memalukan kami”, menurut kepada satu kenyataan yang dikeluarkan dalam media sosial.

“Perancis tidak seharusnya membenarkan kebencian atau rasisme tersebar,” menurut Macron.

Beliau menyeru bagi standard yang tinggi daripada pasukan polis, namun juga standard yang tinggi dari rakyat Perancis.

“Mereka yang menguatkuasakan undang-undang harus menghormati undang-undang,” menurut ketua Perancis.

“Saya tidak akan pernah membenarkan keganasan tanpa justifikasi dari segelintir orang untuk mencemarkan profesionalisme di kalangan lelaki dan wanita yang setiap hari memastikan perlindungan kita dengan berani,” kata beliau. — AFP

Advertisement