Anda di sini

Kerja pembinaan semula Jambatan Gantung Satok diteruskan

Advertisement
Peta tapak sebagai rujukan kepada pengguna jalan raya
Peta tapak sebagai rujukan kepada pengguna jalan raya

KUCHING: Kerja-kerja pembinaan semula Jambatan Gantung Satok di Jalan Matang ke Jalan Merdeka (Kubah Ria) akan diteruskan pada 30 November (esok).

Jabatan Kerja Raya (JKR) Wilayah Selatan dalam satu kenyataan semalam memberitahu bahawa kerja-kerja berkenaan dijangka siap pada 31 Disember ini.

"Para pengguna jalan raya diminta merancang perjalanan terlebih dahulu supaya tidak menghadapi kesulitan di kawasan-kawasan yang terlibat," katanya.

Jalan di bulatan Tun Datuk Patinggi Abdul Rahman Ya’kub ujar pihaknya boleh digunakan sebagai laluan alternatif untuk pergi ke Jalan Merdeka serta menghubungkan jalan tersebut dengan Jalan Matang. 

Sebarang perubahan pada tarikh, waktu atau kawasan yang terlibat akan dimaklumkan dari masa ke masa.

Advertisement