Anda di sini

COVID-19: Sifar kes di Sarawak tiga hari berturut

Advertisement
Statistik terkini COVID-19 di Sarawak.
Statistik terkini COVID-19 di Sarawak.

KUCHING: Sarawak merekodkan sifar kes positif COVID-19 untuk tiga hari berturut-turut menjadikan keseluruhan jumlah kes positif kekal sebanyak 1,062 kes setakat ini. 

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan berkata tiada kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj hari ini dengan jumlah kes pulih kekal seramai 1,020 orang. 

Manakala jumlah kes yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di hospital adalah seramai 23 orang iaitu 20 kes di Hospital Umum Sarawak (HUS), dua kes di Hospital Sibu dan satu kes di Hospital Miri. 

“Terdapat sembilan individu di bawah siasatan (PUI) baharu dilaporkan dan tiada kes PUI yang menunggu keputusan ujian makmal. 

“Manakala seramai 240 individu di bawah pengawasan (PUS) mendaftar masuk di hotel untuk menjalani kuarantin,” katanya. 

JPBNS turut memaklumkan tiada kluster baharu dikesan dengan enam kluster masih aktif iaitu Kluster Besi, Kluster Jalan Abell, Kluster Baki, Kluster Seladah, Kluster Greenhill dan Kluster Wisma Saberkas. 

Dua daerah iaitu Kuching dan Miri kekal berstatus Kuning dengan jumlah keseluruhan 15 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari lepas manakala 38 daerah lain berstatus hijau. 

  • oleh
  • Advertisement