Anda di sini

BERSATU Sabah sambut baik jaminan PM mulakan rundingan petroleum dan gas

Advertisement
KHAIRUL
KHAIRUL

KOTA KINABALU: BERSATU Sabah menyambut baik jaminan yang diberikan Perdana Menteri untuk memulakan rundingan berkenaan dengan petroleum dan gas di negeri ini.

Ketua Penerangan BERSATU Sabah Khairul Firdaus Akbar berkata, kenyataan berkenaan bukan satu retorik sebaliknya adalah usaha yang baik dalam konteks Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

"Apa jua yang bakal dimeterai di dalam rundingan itu nanti, pastinya ia akan memberikan impak positif berskala besar dalam melonjakkan lagi industri petroleum dan gas di Sabah.

"Lonjakan menerusi industri ini secara langsung turut menyediakan limpahan kemakmuran dari pelbagai sudut sama ada ekonomi mahupun sosial yang mampu menjamin kemakmuran rakyat Sabah," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata, BERSATU Sabah turut mengagumi kesungguhan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor di dalam memperjuangkan perkara ini dalam pembentangan usul sempena Perhimpunan Agung Tahunan Kali Ke-3 BERSATU mewakili Badan Pimpinan Sabah. 

Katanya, kerajaan negeri di bawah payung Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan kerajaan pusat mempunyai hubungan baik.

Menurutnya, keadaan seumpamanya sudah pasti mampu mewujudkan suasana yang positif dari pelbagai sudut kemajuan Sabah.

"Motto ‘Sabah Maju Jaya’  yang digagaskan oleh Ketua Menteri bersama barisan Kabinet pastinya mampu tercapai dengan kesungguhan dan perpaduan yang dapat ditunjukkan oleh semua pihak demi kelangsungan negeri kita yang tercinta ini," katanya.

  • oleh
  • Advertisement