Anda di sini

Banjir kilat di beberapa kawasan di Bintulu surut

Advertisement
Pasukan bomba ketika menjalankan pemeriksaan ke Jambatan Sungai Sebatang.
Pasukan bomba ketika menjalankan pemeriksaan ke Jambatan Sungai Sebatang. - Gambar ihsan Bomba.

BINTULU: Banjir kilat yang melanda tiga kawasan terjejas teruk di bahagian ini sudah surut sepenuhnya berdasarkan pemantauan yang dijalankan pasukan Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu setakat jam 12 tengah hari, tadi.
 
Komander Operasi Penguasa Bomba, Gawai John berkata, pemeriksaan serta pemantauan yang dijalankan ke tiga kawasan iaitu kawasan setinggan Sungai Sebatang, Sungai Plan dan  Kampung Kidurong Avenue@Pisang setakat tengah hari tadi mendapati banjir yang berlaku sudah surut. 

"Pemeriksaan yang dijalankan merangkumi kawasan Jambatan Sungai Sebatang, kawasan bulatan Sungai Plan dan kawasan saliran Kidurong Avenue yang mana mendapati air serta lopak air sudah kering sepenuhnya," ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan katanya, pemeriksaan yang dijalankan ke kawasan sekitar Taman Jason dan Gem Park juga mendapati air di kawasan terbabit sudah mulai surut dan tidak memerlukan urusan perpindahan.

Keadaan banjir di kawasan perumahan Gem Park yang mulai surut  hari ini dan tidak memerlukan pemindahan. - Gambar ihsan Bomba.
Keadaan banjir di kawasan perumahan Gem Park yang mulai surut hari ini dan tidak memerlukan pemindahan. - Gambar ihsan Bomba.

Bercakap mengenai mangsa yang masih berada di pusat pemindahan sementara di Stadium Muhibah,  hanya  44 mangsa dari 11 keluarga sahaja yang masih berada di pusat pemindahan terbabit. 

"Rata-rata mangsa mulai balik ke kediaman masing-masing secara berperingkat sejak pagi tadi selepas kediaman mereka disahkan selamat dan air sudah surut sepenuhnya," tambah beliau. 
 

  • oleh
  • Advertisement