Anda di sini

ADUN Tanjung Papat persoalkan syarat tender terbuka pengurusan sampah di Sandakan

Advertisement
FRANKIE POON
FRANKIE POON

SANDAKAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Papat, Datuk Frankie Poon Ming Fung memuji keputusan kerajaan menjalankan tender terbuka untuk mendapatkan kontraktor pengurusan sampah di Sandakan setelah masalah tersebut dikemukakannya kepada menteri terbabit.

Pemangku Pengerusi DAP Sabah itu tidak bersetuju dengan syarat yang ditentukan di mana hanya kontraktor yang mempunyai Lesen Pukonsa A dengan mempunyai dua sub bidang yang ditentukan layak untuk menyertai tender terbuka ini.

“Berdasarkan pengetahuan saya, untuk memohon tambahan sub bidang dalam lesen mengambil masa selama beberapa bulan untuk kelulusan dari kerajaan,” katanya.

Beliau berkata tender terbuka adalah cara yang amat baik untuk mendapatkan kontraktor berkebolehan tetapi dengan syarat lesen ini yang jarang diperlukan untuk jenis kerja ini adalah tidak sesuai.

“Syarat ini menghadkan kontraktor yang boleh melibatkan diri dalam tender terbuka ini dan tidak adil kepada kontraktor yang sedia ada tetapi hanya tidak ada sub bidang dalam lesen Pukonsa A.

“Ini juga melembapkan proses bagi mendapatkan kontraktor yang sesuai untuk kerja ini dan hal ini adalah amat tidak adil kepada rakyat yang harus menghadapi kesulitan akibat sampah sarap yang tidak dikendali dengan sebaiknya,” katanya dalam satu kenyataan.

Frankie berkata adakah kerja ini akan dianugerahkan kepada kontraktor yang hanya menpunyai lesen yang layak tetapi tidak mempunyai kemampuan untuk menjalankan kerja-kerja pengurusan sampah dengan lancar dan efisien serta menjadikan Sandakan 'Bandar Semulajadi'?

Beliau menambah tempoh yang amat singkat untuk proses tender ini dijalankan di mana tender ini dipaparkan pada 18 November dan taklimat kepada kontraktor yang berkelayakan dijalankan pada 20 November.

“Pengaturcaraan ini adalah tidak boleh diterima. Syarat ini membolehkan tender ini hanya dilibat oleh kontraktor-kontraktor lama.

“Kerajaan seharusnya mengizinkan kontraktor yang hanya mempunyai Lesen Kelas A untuk melibatkan dalam tender buka ini agar boleh memilih kontraktor yang paling sesuai dan efisien demi kebaikan rakyat,” katanya.

Dalam masa 6 bulan yang lalu, beliau berkata khidmat pengurusan sampah di Sandakan adalah amat lembap selepas penamatan konsesi lepas walaupun ia telah melibatkan jentera-jentera dari kawasan seluruh Sabah.

“Kita juga tidak tahu adakah sampah yang telah dikutip diproseskan dengan langkah-langkah yang sepatutnya.

“Dengan ini, kita haruslah memberikan keutamaan kepada kontraktor khususnya kontraktor tempatan untuk menjalankan kerja-kerja tempatan bagi membantu pembangunan ekonomi setempat,” jelasnya.

  • oleh
  • Advertisement