Anda di sini

620 isi rumah di DUN Tamin terima bahan binaan PPRMS setakat ini

Advertisement
 Proses penghantaran bantuan bahan binaan PPRMS kepada Rumah Leo dan Kampung Srijaya Stapang berjalan lancar.
KOMITMEN GPS UNTUK RAKYAT: Proses penghantaran bantuan bahan binaan PPRMS kepada Rumah Leo dan Kampung Srijaya Stapang berjalan lancar.

SELANGAU: Sebanyak 620 isi rumah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tamin telah menerima bantuan bahan binaan di bawah Projek Penambahbaikan Rumah Miskin Sarawak (PPRMS) setakat ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin Christopher Gira Sambang berkata, PPRMS merupakan komitmen berterusan kerajaan Sarawak di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi membantu golongan memerlukan di negeri ini agar dapat memiliki rumah selesa untuk didiami.

“PPRMS yang dilaksanakan secara gotong-royong banyak memberi manfaat dalam membantu mengurangkan beban rakyat yang tidak berkemampuan, mengelak pemohon menunggu kelulusan begitu lama, pelaksanaan efisien dan melalui konsep gotong-royong,” jelasnya ketika dihubungi pemberita semalam.

Sementara itu, dua rumah panjang dalam kawasan DUN Tamin telah menerima bantuan bahan binaan PPRMS, baru-baru ini.

Rumah Leo Lanting sepanjang 21 pintu menerima bahan binaan atap spandek dan Kampung Srijaya Stapang (sembilan pintu) menerima siling asbestos.

Hadir sama pada penyerahan bantuan bahan binaan tersebut Penghulu Surang Takin, wakil Pusat Khidmat DUN N.59 Tamin dan penduduk setempat.

Advertisement