Anda di sini

Roch Kabore kekal presiden Burkina Faso untuk penggal kedua

Advertisement
 Penyokong memakai pelitup muka yang terpapar gambar Kabore semasa meraikan kemenangannya dalam pilihan raya dan kekal sebagai presiden Burkina Faso untuk penggal kedua di Ibu Pejabat MPP di Ouagadougou, kelmarin. — Gambar AFP
RAI KEMENANGAN: Penyokong memakai pelitup muka yang terpapar gambar Kabore semasa meraikan kemenangannya dalam pilihan raya dan kekal sebagai presiden Burkina Faso untuk penggal kedua di Ibu Pejabat MPP di Ouagadougou, kelmarin. — Gambar AFP

DOUALA: Roch Marc Christian Kabore memenangi pilihan raya umum Burkina Faso sekali gus mengekalkan jawatan itu untuk penggal kedua, lapor Agensi Anadolu berdasarkan keputusan awal diumum suruhanjaya pilihan raya negara itu kelmarin.

Ketua parti Gerakan Rakyat untuk Kemajuan berusia 63 tahun itu memperoleh 57.87 peratus undi dalam pemilihan 22 November untuk memenangi pusingan pertama, kata Ketua Suruhanjaya Bebas Pilihan Raya Nasional (CENI) Newton Ahmed Barry.

Keputusan itu memboleh-kan Kabore memegang jawatan selama lima tahun lagi setelah menyandangnya sejak 2015.

Eddie Komboigo dan Zephirin Diabre masing-masing memperoleh 15.45 peratus dan 12.46 peratus, daripada hampir tiga juta undi, kata Barry.

Menurut data CENI, jumlah keluar mengundi adalah sekitar 50 peratus dengan lebih 53 peratus pengundi lelaki dan lebih 46 peratus wanita.

Kira-kira 38 peratus peng-undi berusia antara 20 dan 35 tahun.

Disebabkan faktor kese-lamatan, pengundian tidak dilaksanakan di 926 lokasi mengundi daripada 19,838 tempat mengundi yang tersedia di seluruh negara, kata suruhanjaya itu.

Dalam satu kenyataan selepas pengumuman itu, Kabore berkata, beliau terharu dengan sokongan orang ramai dan berikrar untuk menjadi pemimpin bagi seluruh Burkina Faso.

“Saya akan berusaha sedaya upaya untuk keamanan dan pembangunan di negara kita. Kita akan segera be-kerja,” katanya di Twitter. — Bernama

Advertisement