Anda di sini

Neuer sandaran Bayern Munich untuk pertahan kelebihan mata yang tipis

Advertisement
 Gambar menunjukkan Neuer menyertai sesi latihan di Munich. — Gambar AFP
SANDARAN: Gambar menunjukkan Neuer menyertai sesi latihan di Munich. — Gambar AFP

BERLIN: Hansi Flick bimbang Bayern Munich kini terlalu bergantung kepada Manuel Neuer ketika juara Eropah itu bersiap sedia untuk mempertahankan kelebihan mereka yang tipis dalam Bundesliga di Stuttgart pada malam ini (Sabtu).

Selepas menyelamatkan dua cubaan refleks dalam keputusan seri 1-1 pada hujung minggu lepas dengan Werder Bremen, Neuer sekali lagi cemerlang dalam kemenangan 3-1 pada Rabu lepas di tempat sendiri ke atas Salzburg yang menjamin tempat bagi mereka pada peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara.

“Ia adalah sensasi bagaimana dia menepis peluang besar dan menyelamatkan kami daripada dibolosi gol. Dia ada beberapa perkara untuk dibuat - keterlaluan bagi saya,” kata Flick.

Neuer, 34, menepis pujian itu selepas dia menyelamatkan 10 cubaan ketika menentang Salzburg, dan berkata “perkara paling penting adalah untuk menyokong pasukan”.

Namun prestasinya telah meletakkan Neuer di dalam senarai pendek FIFA bagi penjaga gol lelaki terbaik.

“Dia mempamerkan prestasi terbaik dalam hidupnya,” tambah Flick, yang menyaksikan pasukannya layak ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara sebagai pemenang kumpulan terjamin pada Rabu lepas setelah mencatatkan kemenangan ke-15 mereka berturut-turut.

“Apabila penyerang lawan mendekatinya, gawang menjadi semakin kecil bagi mereka. Dia mempunyai refleks menakjubkan. Kita ada seorang penjaga gol kelas dunia di antara tiang gol.”

Bagaimanapun Bayern bersalah melepaskan bola dengan begitu mudah, seperti apabila kesilapan Leroy Sane menghasilkan gol saguhati bagi Salzburg.

“Terdapat terlalu banyak kehilangan bola yang tidak perlu, kita perlu mengurangkan kesilapan kita, ini adalah isu-isu yang saya sentiasa tangani,” rungut Flick.

Ia sudah 13 tahun sejak Bayern tewas di Stuttgart, yang menyaksikan penjaring terbanyaknya Nicolas Gonzalez diketepikan oleh kecederaan lutut.

Penyerang Bayern, Robert Lewandowski, sudah menjaringkan 11 gol dalam tujuh perlawanan untuk menjadikannya penjaring terbanyak liga, tetapi penyerang Dortmund, Erling Braut Haaland, berada satu mata di belakang dan mempamerkan prestasi yang hangat.

Dortmund yang menduduki tempat kedua menerima kunjungan Cologne pada malam ini dan Haaland kini sudah menjaringkan enam gol dalam dua perlawanan terakhirnya.

Penyerang bintang Norway itu menjaringkan dua gol ketika menentang Brugge pada Selasa lepas dalam Liga Juara-Juara setelepas menyumbat empat ketika menentang Hertha Berlin dalam liga pada hujung minggu lepas.

Dortmund sudah memenangi enam daripada tujuh perlawanan terakhir mereka dan kesemua empat perlawanan terakhir mereka menentang Cologne. — AFP

Advertisement