Anda di sini

Bintulu banjir, 137 mangsa pindah

Advertisement
 

BINTULU: Mangsa banjir kilat yang melanda bahagian ini bertambah kepada 137 orang daripada 46 keluarga yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Stadium Muhibbah, setakat pukul 4 petang Sabtu.
 
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Bintulu Jack Aman Luat berkata pertambahan itu ekoran satu keluarga dari setinggan Sungai Plan mendaftar ke pusat berkenaan pada jam 1.30 petang.

Setakat ini katanya, pusat pemindahan terbabit menempatkan dua keluarga dari Kidurong Avenue, 11 dari Sungai Sebatang dan 33 dari Sungai Plan 33.

"JPBB dalam keadaan bersiap sedia bagi menerima lebih ramai lagi mangsa banjir sekiranya hujan masih turun dan paras air semakin meningkat menjelang malam ini nanti," katanya ketika dihubungi.

Jack memberikan jaminan, dua lagi pusat pemindahan mungkin akan dibuka sekiranya mangsa banjir bertambah. 

  • oleh
  • Advertisement