Anda di sini

198 buah keluarga terima bantuan makanan daripada Rotary Club of KK South

Advertisement
 Terry (tiga kiri) merakamkan gambar kenangan bersama para penerima selepas simbolik penyampaian bantuan makanan.
KENANGAN: Terry (tiga kiri) merakamkan gambar kenangan bersama para penerima selepas simbolik penyampaian bantuan makanan.

KOTA KINABALU: Sebanyak 198 buah keluarga negeri ini yang terjejas akibat penularan COVID-19 menerima bantuan berbentuk makanan daripada Rotary Club of KK South.

Presidennya, Terry Wong berkata bantuan berkenaan diagihkan kepada keluarga terjejas termasuklah dari kalangan mereka yang terputus bekalan makanan disebabkan ketiadaan wang, diberhentikan kerja atau tidak menerima gaji berikutan wabak COVID-19.

"Bakul makanan ini termasuklah beras, baucar makanan telah diagihkan kepada warga miskin, warga emas, ibu tunggal dan golongan B40," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata, keluarga yang menerima bantuan berkenaan adalah berasal dari Kota Kinabalu khususnya Sembulan, Inanam, Manggatal, Kolombong serta daerah Keningau dan Penampang.

Menurutnya, pihaknya akan teruskan usaha membantu mereka yang terjejas sepanjang pandemik ini agar tiada keluarga yang terputus bekalan makanan.

  • oleh
  • Advertisement