Anda di sini

Kes gantung diri rekod jumlah tertinggi

Advertisement
HABIBI
HABIBI

KOTA KINABALU: Statistik menunjukkan sebanyak 12 daripada 17 kes berkaitan bunuh diri di daerah ini melibatkan kes gantung diri bagi tempoh 2019 hingga November 2020.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, sebanyak lima kes gantung diri direkodkan tahun lepas dan tujuh kes lagi tahun ini.

Menurutnya, daripada jumlah keseluruhan 17 kes berkenaan, dua kes bunuh diri direkodkan tahun lepas, manakala tiga kes lagi membabitkan cubaan bunuh diri direkodkan tahun ini.

"Faktor kemurungan akibat bebanan hutang, masalah kewangan dan perceraian antara punca berlakunya kes bunuh diri.

"Ibu bapa yang bercerai juga menjadi pucna anak-anak mengalami tekanan hingga membawa kepada cubaan membunuh diri.

"Diabaikan ahli keluarga atau anak-anak terutama bagi warga tua turut menjadi salah satu punca kes terbabit kerana kehidupan mangsa yang tidak dipedulikan oleh keluarga," katanya.

Beliau berkata demikian selepas penyampaian sumbangan kepada anggota Polis Sukarelawan Simpanan (PVR) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu yang terjejas pandemik COVID-19 di sini semalam.

Selain itu katanya, tindakan membunuh diri turut disebabkan oleh gangguan mental dan halusinasi yang mengakibatkan mangsa sering bercakap sendiri.

Habibi berkata, tekanan perasaan berikutan tidak dapat menyelesaikan masalah peribadi seperti bebanan kerja, masalah percintaan dan kesihatan turut menjadi punca berlakunya kes bunuh diri.

Dalam perkembangan lain katanya, kejadian cubaan bunuh diri membabitkan gadis remaja yang terjun ke sungai kelmarin dikenal pasti bukan warganegara kerana tiada dokumen pengenalan diri mangsa.

Menurutnya, mangsa yang juga anak sulung daripada tiga adik-beradik dipercayai mengalami tekanan akibat masalah peribadi kedua ibu bapanya. 

"Mangsa kini dalam keadaan stabil dan menjalani rawatan di hospital, manakala ibu bapanya turut dipanggil polis untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan," jelasnya.

  • oleh
  • Advertisement